Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau; 2. = ~ sekalian engkau sekalian, engkau (awak) semua; berkamu memakai perkataan kamu (biasa­nya sewaktu bertutur dgn orang lain): baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, berengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata ganti nama diri kedua; anda. 2 anda sekalian; engkau semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kamu (kata nama)
Bersinonim dengan engkau, awak, saudara, saudari, encik, tuan, tuanku, puan, cik, cik puan, anda, hang, kome, mu, mika, anta, ante, tuan hamba;,

Puisi
 

Kait-kait daun sepulih,
     Daun sembingai nanang-nanangan;
Baik-baik kamu yang mulih,
     Kamu yang tinggal kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.

Bermaksud :

Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
`SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN ` ATAU SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGI. Semua ini banyak terdapat di Surau-surau dan Masjid-Masjid. Yang mana satu betul...Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", walau bagaimanpun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.04.2012
saya mengahadapi kekeliruan dalam ayat "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..." atau "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi..." ayat 'disembahyangkan' adalah merujuk kepada membantu jenazah si mati itu untuk bersembahyang... tetapi jika ayat 'disembahyangi', di terbalikkan ayat itu kepada ayat aktif ialah 'menyembahyangi' yang telah salah dalam tatabahasa... yang mana satukah ayat yang paling tepat maknanya? terima kasih...Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.01.2012
1. Polis akan menangkap kamu (kalau) Kamu melakukan kejahitan a) Polis akan menangkap kamu kalau melakukan kejahitan b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahitan. Jawapan a) atau b) yang betulJawapan yang betul ialah b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahatanTatabahasa27.04.2012
Puan, Bolehkah puan jelaskan ayat berikut yang berbunuyi : Saya berpesan kepadanya,"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembayangi". Terima kasih.Ungkapan tersebut betul kerana dalam frasa "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", sembahyangi ialah kata kerja aktif transitif dan kata kerja ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "... kamu disembayhangi".
Tatabahasa19.02.2013
Saya ingin bertanya, adakah penggunaan "-kah" di dalam frasa tanya di bawah menepati tatabahasa? Di manakah kamu tinggal? Ke manakah kamu telah pergi? Dari manakah kamu datang? Yang manakah ibu kamu? Sejak bilakah kamu telah berkahwin? Sampai bilakah kamu ingin mendiamkan diri? Dengan siapakah kamu datang? Untuk siapakah hadiah ini? Untuk apakah dia kembali? Pada fahaman saya, imbuhan "-kah" hanya digunakan sekiranya kata soal/kata ganti nama diri tanya merupakan perkataan pertama dalam frasa tanya tersebut. Tetapi dalam contoh-contoh di atas, perkataan pertama ialah frasa sendi nama. Adakah terdapat pengecualian? Terima kasih.

Penggunaan kata sendi nama dalam ayat tanya tersebut adalah betul. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kehadiran partikel -kah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Asal ayat ini, Kamu tinggal di mana? - di mana ialah predikat frasa sendi nama dan apabila dikedepankan menjadi Di mana kamu tinggal? atau Di manakah kamu tinggal?

Tatabahasa13.12.2010
1. kamu perlu contohi .... 2. perlu kamu contohi .... 3. kamu perlu mencontohi usaha pelajar cemerlang itu. adakah ketiga-tiga ayat jugalah betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah "kamu perlu mencontohi..." kerana menggunakan imbuhan yang betul dan "perlu kamu contohi..." ialah bentuk pasif. 

Tatabahasa15.07.2013
yang manakah betul, "sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan" atau "sembahyanglah sebelum kamu disembahyangi"..

Saudara,

Ungkapan yang betul ialah 'Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi'.

Tatabahasa16.08.2010
Untuk soalan-soalan (1) & (2) di bawah, yang manakah betul? 'boleh kamu lihat' atau 'kamu boleh lihat? (1) Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan? (2) Apakah benda-benda lain yang kamu boleh lihat di dalam hutan?Ayat yang gramatis ialah Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan?Tatabahasa21.12.2011
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih.1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau.
2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang.
4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi".
6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.
Tatabahasa04.01.2013
Apakah perbezaan antara " kamu" dengan "kalian"?Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), ataupun awak, engkau, manakala kalian ialah bahasa percakapan bagi awak (kamu) semua. Oleh itu untuk situasi rasmi kamu paling sesuai digunakan.Makna08.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas