Kamu semua boleh pulang ke kelas-kelas kamu semua. Ayat di atas betul ke? | Ayat yang betul ialah "Kamu semua boleh kembali ke kelas masing-masing." | Tatabahasa | 12.05.2022 |
Kamu semua keluarkan buku-buku Bahasa Melayu kamu semua. Ayat di atas betul ke? | Jawapan yang betul ialah "Kamu semua keluarkan buku Bahasa Melayu kamu." | Lain-lain | 27.05.2022 |
Yang mana satu merupakan penggunaan yang tepat: a. semua kamu atau b. kamu semua. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah kamu semua. | Tatabahasa | 04.02.2010 |
1. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke karnival buah-buahan tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. 2. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. Ayat yang mana satukah yang betul? Boleh berikan penerangan sama ada "karnival buah-buahan tempatan" merupakan kata nama am atau khas. Terima kasih. | Kata nama khas terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Karnival Buah-buahan Tempatan tergolong dalam kata nama khas tak hidup dan menggunakan huruf besar pada pangkal setiap perkataan. Ayat yang betul ialah "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 84 – 85. | Tatabahasa | 17.07.2024 |
Boleh saya dapatkan pengesahan berikut dalam konteks terjemahan sari kata: 1. Awak semua / Kamu semua - berdasarkan pencarian saya, kedua-duanya diterima, betul? 2. Awak berdua / Kamu berdua - Soalan ini pernah ditanya dalam Khidmat Nasihat, jawapan yang diberikan ialah "Kamu berdua". Jika demikian, mengapa "Awak semua/Kamu semua" diterima dalam 1? | Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah: - "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
- "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
| Tatabahasa | 26.06.2021 |
Saya telah mengajukan soalan ini namun jawapan yang diberi tidak menjawab soalan saya. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan. | Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah: - "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
- "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, puan bolehlah merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 28.06.2021 |
Ini kali ketiga saya mengajukan soalan yang sama dan jawapan tidak menepati soalan. Minta kerjasama untuk membaca soalan dan bukan sekadar copy paste jawapan. Saya tidak menanyakan perbezaan "awak" dan "kamu", saya menanyakan penggunaannya dalam konteks di bawah. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan. | Puan yang budiman, Penggunaan awak berdua/kamu berdua dan awak semua/kamu semua adalah boleh digunakan tetapi perlu merujuk konteks penggunaan kata berkenaan. Sila rujuk penerangan sebelum ini atau puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penerangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 29.06.2021 |
1)Betulkah penggunaan perkataan kah dalam ayat ini? 2)Perlukah ditukar perkataan nak kepada hendak? “Kamu semua nak pergi beriadah di Taman Botani kah?” Sarah cuba ikut berbual. | 1. Penggunaan partikel -kah dalam ayat “Perlukah ditukar perkataan nak kepada hendak?”, betul. 2. Penggunaan partikel -kah dalam ayat kedua tidak betul. Ayat yang betul ialah “Kamu semua nak pergi beriadah di Taman Botani?” Sarah cuba ikut berbual. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
CContoh ayat 1."Saya galakkan kamu semua berdikari", kata Ali. 2. Galakkan anak-anak kecil menabung untuk kesenangan masa depan. Ayat 1 atau ayat dua yang betul atau kedua-duanya salah. | Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 18.09.2008 |
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai soalan yang saya ajukan di bawah bertarikh 5 Jun 2013. 1)Apakah kata ganti nama diri yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?kamu atau kalian? "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ______________ akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. -Mengapakah kamu lebih sesuai dan bukannya kalian?Mengapakah kalian tidak sesuai seperti mana maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan sedangkan Cikgu Mohamad bercakap kepada pelajar-pelajarnya dan bukannya beliau bercakap dengan seorang murid sahaja.Mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak tuan. | Kamus Pelajar menerima kalian sebagai kamu semua atau sekalian. Oleh itu, jawapan yang betul ialah "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, kalian akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul kerana jawapan yang diberikan sebelum ini hanya merujuk Kamus Dewan yang menakrifkan kalian sebagai bahasa percakapan bermaksud kamu semua. | Tatabahasa | 06.06.2013 |