Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamus/

Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016
Salam sejahtera. Bolehkah DBP menjelaskan, secara ringkas, cara penghasilan kamus-kamus dan buku PERIBAHASA? Apakah sumber yang digunakan? Lisan atau bertulis? Jika ada sumber lisan, bagaimanakah data tersebut dipungut? Adakah peribahasa yang terbuku sahaja layak digunakan?Waalaikumussalam...
Sila hubungi Jabatan Penerbitan DBP untuk maklumat lanjut. Pihak kami hanya menjawab persoalan tentang penggunaan bahasa Melayu.
Lain-lain27.12.2018
salam, saya nak tahu, bagaiman pembahagian entri dalam kamus dewan ditentukan?Kami kurang jelas dengan pembahagian entri yang dimaksudkan. Sedikit maklumat yang dapat kami salurkan, entri Kamus Dewan dan juga kamus-kamus umum yang lain dibuat berdasarkan akar kata. Kata terbitan dimasukkan di bawah entri yang sama.Lain-lain21.11.2017
Salam sejahtera. Di sini terdapat pertanyaan terhadap dua perkataan yang maksud BM-BI agak mengelirukan, iaitu kupu-kupu dan rama-rama. Adakah kupu-kupu=moth atau butterfly? dan rama-rama=butterfly atau moth? Ini adalah kerana terdapat percanggahan dalam kamus DPB dan kamus-kamus bergambar di pasaran. Yang mana satu maksud yang betul? Ribuan terima kasih atas jawapan daripada pihak DBP.Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih.Istilah19.06.2017
Apakah fungsi Kamus Thai Melayu Dewan dan Kamus Sains dalam PRPM? Formatnya aneh dan tidak mesra pengguna.Kamus Thai Melayu Dewan dan Kamus Sains masih lagi belum digunakan. Sila gunakan kamus bahasa Melayu untuk membuat carian tentang sesuatu istilah. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.Lain-lain15.03.2019
Boleh tanya, bila kamus Dewan Edisi ke-5 akan diterbitkan?Salam sejahtera, Buat masa ini belum ada rancangan untuk menerbitkan Kamus Dewan Edisi Kelima memandangkan Bahagian Perkamusan telah selesai menyemak pruf akhir Kamus Dewan Perdana Bahasa Melayu dan dijangka terbit pada tahun 2020. Kamus ini merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama yang memanfaatkan data korpus dan data web sebagai sumber pertama dalam penyusunannya. Terdapat sebanyak 120 000 kata masukan yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata pinjaman serta dilengkapi ejaan Jawi, fonetik, kelas kata dan pelbagai lagi. Sekian, Terima kasih.Lain-lain27.11.2019
Mengapakah DBP menetapkan ejaan 'swasambada' sebagai baku (terakam dalam kamus dewan) dan bukannya swasembada seperti yang terakam dalam kamus besar bahasa Indonesia yang mungkin lebih tepat kerana dalam kamus dewan dam kbbi menyenaraikan kata dasar swasembada yakni 'sembada' (swa- + sembada) sebagai entri baku bukan sambada (tiada dalam kedua - duanya).Swasambada dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai Bahasa Indonesia. Oleh itu, apabila terdapat kekeliruan antara data Kamus Dewan dengan Kamus Besar Indonesia maka data Kamus Besar Indonesia lebih persis.Tatabahasa30.10.2018
Maksud 'cekadak' dalam ungkapan 'banyak cekadak'. Selalunya digunakan dengan erti sama 'banyak songeh'. Kenapa tiada dalam kamus?Perkataan tersebut masih lagi belum terakam dalam mana-mana kamus khususnya Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna01.11.2018
Tuan, adakah frasa "dimasukkan ke dalam kamus" tepat tatabahasanya? Saya bertanya demikian kerana pada faham saya, "ke dalam" frasa sendi nama arah yang digunakan untuk benda yang beruang dan ruangnya nyata kelihatan. Dengan ada ruang yang nyata, barulah benda itu dapat dimasuki sesuatu dan dengan itu barulah frasa sendi nama arah "ke dalam" digunakan! Namun begitu, ruang "kamus" tidak kelihatan dan hanya dapat dibayangkan dalam fikir, maka ruang "kamus" dinamai ruang abstrak. Ruang abstrak "kamus" ini berisi kata, ilmu, ayat dan sebagainya. Kerana ruang "kamus" abstrak, maka tidak bolehlah digunakan frasa sendi nama arah "ke dalam" yang menyatakan ruang nyata! Saya berpendapat bahawa sendi nama "dalam" yang lebih patut digunakan kerana mencitrakan ruang abstrak, seperti dalam persidangan, dalam hal. Maka frasa yang betul "dimasukkan dalam kamus", misalnya: Bentuk bahasa yang sudah diterima oleh pemerintah harus dimasukkan dalam kamus - dimasukkan dalam kamus, bukan ke dalam kamus kerana ruang kamus abstrak.Frasa "dimasukkan ke dalam kamus" adalah salah.  Ayat yang betul ialah "dimasukkan dalam kamus"Tatabahasa23.12.2016
Mengapakah bahagian 'Kamus Thai Melayu Dewan' dalam PRPM tidak seperti kamus bahasa Melayu/Inggeris? Sangat teruk dan seperti tiada fungsi.Sila gunakan kamus bahasa Melayu/Inggeris bagi mencari huraian sesuatu istilah. 'Kamus Thai Melayu Dewan' masih lagi tidak boleh digunakan kerana sistem tidak dapat mencari istilah yang dicari. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.Lain-lain15.03.2019
12345678910...

Kembali ke atas