Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kan kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh kah perkataan "kan" yang digunakan dalam percakapan di gunakan dalam penulisan sarikata/subtitile? Contoh, Awak mesti tahu di mana dia berada kan? Adakah pertakataan "kan" hanya boleh digunakan dalam percakapan? Terima kasihSalam sejahtera, Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa04.04.2020
Bagaimanakah untuk menentukan penggunaan partikel -kah di belakang kata kerja? Contoh : menambah pengetahuan atau menambahkan pengetahuanBerkenaan dengan soalan anda, adakah soalan tersebut merujuk penggunaan partikel -kah atau -kan? Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, berkemungkinan soalan tuan merujuk kepada penggunaan -kan iaitu menambah dan menambahkan. Untuk kata kerja lazimnya yang ada -kan diikuti sesuatu (tidak bernyawa), manakala kata kerja yang tiada -kan diikuti objek hidup atau bernyawa seperti manusia atau haiwan. Terima kasih.Tatabahasa06.06.2020
Nak eja bagaimana perkataan seperti di bawah? Bagaimanakah atau bagaimana kah? Usahlah atau usah lah? Tandakan atau tanda kan? Jika dulu dieja dekat, tetapi sekarang Dewan Eja akan merahkan tanda salah.

Saudari, cara penulisan yang tepat adalah "bagaimanakah, usahlah dan tandakan." 
Kami memohon maaf atas kekeliruan yang dihadapi.
 

Tatabahasa02.08.2012
1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama

1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan.

3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa07.08.2018
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. 

Berikut penggunaan yang betul.
a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu?
Tatabahasa16.08.2013
Assalamualaikum wbt tuan.. saya pelajar PhD dari UKM, bidang sumber dan teknologi. sekarang saya sedang membuat pembetulan untuk viva. saya ingin bertanyakan soalan mengenai pengubahsuaian perkataan bagi Personalized Learning, sekiranya ditukar kepada bahasa melayu..boleh kah dijadikan Pembelajaran yang diPeribadikan? Dan pada awal tahun 2013, saya telah menggunakan singkatan Pembelajaran yang diPeribadikan dengan PdP.Namun pada tahun lepas...pertukaran PdP ini adalah istilah bagi pengajaran dan pembelajaran..bukan lagi P&P.. Jadi saya mohon untuk pihak tuan membuat semakan bagi (1)- Personalized Learning - Pembelajaran yang diPeribadikan (atau penggunaan ini boleh ditukarkan bahasa atau saya perlu italic kan sahaja dalam tesis sy) (2)- Singkatan yang sesuai untuk Pembelajaran yang diPeribadikan - yang lama saya guna PdP (3)- Adakah P&P sudah tidak boleh digunakan lagi dalam penulisan tesis? Maklum balas dan bantuan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan jutaan terima kasihUntuk makluman, dalam bidang Pendidikan terdapat istilah "personalized teaching" yang padanan bahasa Melayunya ialah pengajaran diperibadikan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "personalized learning" ialah pembelajaran diperibadikan. Untuk makluman puan juga, tidak terdapat singkatan yang khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data istilah DBP.  Istilah01.02.2016
Saya guru dan mempunyai kemusykilan dalam penggunaan kata penguat "HANYA" dan "SAHAJA". Bolehkah kedua-dua kata penguat ini hadir serentak? Contoh ayat : Hanya dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Soalan kedua : "Dengarkan lagu ini" Itu antara ungkapan seorang juruhebah radio seperti yang sering kita dengar. Betulkah ungkapan itu?

Untuk makluman tuan, kata “hanya” dan “sahaja” merupakan golongan kata penegas dan bukannya kata penguat. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" dan "sahaja" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi, maka ayat tuan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut (bagi mengelakkan unsur lewah):

(a)             Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut.    Atau

(b)             Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. 

Berkaitan dengan ungkapan “ dengarkan lagu ini” sepatutnya disebut “dengarlah lagu ini.

Tatabahasa19.06.2009

Kembali ke atas