Saya ada dapat jawapan bahawa "Lookbook" ialah kana nama khas. Apakah yang sesuai jika ianya bukan kata nama khas? "A lookbook is a collection of photographs compiled to show off a model, photographer, style, stylist, or clothing line" | Sekiranya “Lookbook” bukan kata nama khas, maka padanan istilah yang sesuai bagi “Lookbook” ialah katalog (Jika mengandungi harga produk atau bayaran perkhidmatan yang berkaitan). Sekiranya “Lookbook” tersebut hanya mengandungi gambar, ilustrasi atau rajah sahaja, kami mencadangkan istilah portfolio, iaitu bekas mudah alih, berupa beg yang agak besar, nipis dan leper untuk diisi kertas, dokumen, lukisan dan sebagainya. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Istilah | 20.02.2020 |
1.kata "dengan" termasuk dalam sendi nama atau kata hubung? 2. Boleh tak digugurkan kana nafi 'tidak' yang kedua dalam ayat majmuk gabungan seperti di berikut: Dia 'tidak' fokus ketika pembelajaran dan 'tidak' menyiapkan kerja rumah. | 1. "Dengan" boleh berfungsi sebagai kata sendi nama atau kata hubung bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 2. Kata nafi "tidak" boleh digugurkan dalam ayat contoh yang tersebut. | Tatabahasa | 27.06.2013 |
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama. | Makna | 17.02.2010 |