1. Apakah penggunan perkataan “ambil serius” betul dalam struktur ayat? 2. Adakah penggunaan “lebih banyak kandungan-kandungan” dalam ayat adalah betul kerana saya berpendapat bahawa lebih banyak sudah menunjukkan sesuatu yang banyak dan begitu juga kandungan-kandungan ialah kata ganda yang jelas menunjukkan sesuatu yang banyak. | 1. Frasa yang betul ialah mengambil serius, sama seperti mengambil faedah. 2. Frasa yang betul ialah lebih banyak kandungan. | Tatabahasa | 23.10.2015 |
Salam, Apakah terjemahan bagi jawatan "Content Executive"? "Content" dalam konteks ini bermaksud kandungan laman web - teks dan visual. Tugas seorang "Content Executive" adalah untuk menghasilkan kandungan tersebut. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Eksekutif Kandungan Laman Web atau Eksekutif Kandungan. | Istilah | 14.01.2016 |
isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama, akan tetapi mengapa kebanyakan kita sering menggunakan isi kandungan, sama ada dalam pertuturan mahu pun penulisan? Terima kasih | Isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, bersama-samalah kita membiasakan yang betul. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan 'consumer-generated content'? Terima Kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kandungan dijana pengguna atau kandungan terjana pengguna. Untuk makluman, istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. | Istilah | 17.06.2016 |
Saya ingin meminta nasihat pihak tuan/puan, penggunaan ayat di bawah yang manakah sesuai untuk menjelaskan bahawa kandungan utama yang digunakan di dalam bijian sarapan pagi adalah bijian penuh. Adakah no 1 atau no 2. 1) Kandungan bijian penuh No 1 2)Bijian Penuh kandungan No 1 sekian terima kasih | Ayat yang betul ialah Kandungan Bijian Penuh No. 1. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.06.2016 |
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan “standard pembelajaran” dan "standard kandungan” persis? | Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut. | Makna | 21.04.2012 |
Sila semak kandungan dan ejaan untuk signboard ini. | Salam sejahtera, Untuk semakan bahasa Melayu dalam paparan iklan sila buat permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.09.2018 |
Buah mangga mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Tuan, betulkah ayat di atas ini? bolehkah perkataan mempunyai dan kandungan digunakan bersama-sama? | Kami cadangkan ayat tersebut diubah menjadi buah mangga mengandungivitamin C yang tinggi. | Tatabahasa | 26.04.2013 |
Indeks bolehkah disamakan dengan muka hadapan? Contohnya tajuk saya: Analisis kandungan muka hadapan laman web e-komuniti. Bolehkah saya menggantikan perkataan muka hadapan kepada indeks?Contohnya:Analisis kandungan indeks laman web e-komuniti. | Untuk mengubah sesuatu tajuk yang telah diberikan secara prinsipnya tidak dibenarkan. Sdr. dinasihatkan bertemu dengan pensyarah/penganjur yang telah memberikan tajuk ini kepada sdr. Secara takrifan literal, Indeks membawa makna senarai butir kandungan buku (rujuk takrifan kamus Dewan).Takrifan Penerbitan pula indeks merupakan senarai nama, perkara, rujukan dan sebagainya yang disusun menurut abjad. Indeks dicetak pada bahagian akhir buku. | Lain-lain | 25.02.2008 |
1. Sila lengkapkan “Pernyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan “Penyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih) | Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Tatabahasa | 03.03.2009 |