Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = celah ~ celah di antara dua pangkal paha, kelangkang; 2. ruang (yg luas) atau jarak di antara kaki kiri dan kanan yg terbuka luas (tidak dirapatkan): lunjurkan kaki kanan ke bawah ~ lawan; 3. bahagian seluar di antara dua paha pd bawah punggung, pesak; ~ kera = se~ kera ki (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas; mengangkang 1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi; mengangkangi berdiri dgn mengangkang di atas sesuatu; mengangkangkan membuka (kedua-dua belah kaki, pintu, dll) luas-luas; terkangkang terbuka luas (kedua-dua belah kaki, pintu, dll): dia duduk ~ di atas tong susu; pintu itu dibiarkannya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kangkang (kata nama)
Bersinonim dengan celah, buka, rekah, ruang, pesak, kikik;,
Kata Terbitan : mengangkang, terkangkang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul?

Saudari/saudari,

Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau.

Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian.

Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah.

Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas.

Jawapan yang betul ialah mencekah.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas