Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.ser] | کنسر

Definisi : penyakit barah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ser] | کنسر

Definisi : lambang keempat dlm zodiak, yg berlambangkan ketam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ser] | کنسر

Definisi : ist penyakit ketumbuhan yg berbahaya di dlm atau di luar badan yg disebabkan oleh pertumbuhan tisu yg tidak normal dan dpt merebak ke bahagian lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanser


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah "pesakit kanser" kata nama majmuk

Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Jika kita mengikut tatacara pembentukan kata majkuk rangkai kata ini memang tergolong dalam kata majmuk/

terima kasih 

Tatabahasa29.10.2009
Assalamualaikum wbt, Saya sedang menulis sebuah tesis dalam Bahasa Melayu. Mohon bantuan DBP untuk membetulkan terjemahan istilah berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. a. Premenopausal breast cancer (English) - Kanser payudara premenopausal (Bahasa Melayu) b. Postmenopausal breast cancer (English) - Kanser payudara postmenopausal (Bahasa Melayu) Sekian terima kasih atas bantuan. - Mohd Razif ShahrilCadangan terjemahan kami ialah:
a. Premenopausal breast cancer - Kanser payudara pramenopaus 
b. Postmenopausal breast cancer - Kanser payudara pascamenopaus
Lain-lain24.12.2012
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:)

Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun.

Tatabahasa21.11.2011
Assalamualaikum Saya ada 2 pertanyaan mengenai kata nama khas.Adakah nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis adalah kata nama khas? Kedua-buku daftra kata ejaan jawi- rumi yang berwarna kuning tersebut cetakan ke berapa?Nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis bukan kata nama khas, Contoh lain demam denggi, batuk kering, demam kepialu ditulis dengan huruf kecil. Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi merupakan cetakan pertama tahun 2001.Ejaan12.03.2010
Yang manakah satu betul dan mengapakah pernyataan tersebut betul? 1. (a) Hujan turun dengan lebat.(b) Hujan turun dengan lebatnya. 2. (a) Dia menghidap penyakit kanser. (b) Dia menghidapi penyakit kanser.1. Kedu- dua ayat boleh digunakan.

2. Ayat yang pertama lebih gramatis.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan.
Tatabahasa21.08.2013
canser and tumor expert renovation aluminium & glasstabib cina: kanser dan tumor kedai pengubahsuaian barangan aluminium dan kacaLain-lain04.04.2007
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013

Kembali ke atas