Wujudkah perkataan 'kekantukan' daripada perkataan 'kantuk'? Apalah maknanya? Wujudkah istilah 'difaktorkan' daripada perkataan 'faktor'? Apakah maknanya? Apakah makna 'terpasar'? | Tidal ada maklumat tentang perkataan kekantukan, difaktorkan dan terpasar dalam pangkalan data kami. Terpasar ada tercatat dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. Buku ini tidak memberikan makna kata, kami berpandangan terpasar mengambil maksud pasar dalam dialek Minangkabau, iaitu licin, maka terpasar bermaksud terlicin. | Istilah | 15.03.2018 |
Perkataan mengantuk sering silap digolongkan kelas katanya.Apakah kelas kata sebenar bagi perkataan mengantuk. Jika kantuk adalah kata nama, adakahmengantuk jadi kata kerja? | Uniknya bahasa Melayu kerana kelas kata boleh berubah mengikut konteks ayat. Kelas kata mengantuk ditentukan melalui konteks penggunaan seperti yang berikut: (1) Ali berasa amat mengantuk. (mengantuk = kata adjektif) (2) Walaupun baru pukul 8.00 malam, Ali sudah mengantuk. (mengantuk = kata kerja). | Tatabahasa | 07.09.2018 |