Salam, boleh jelaskan perkataan "karakter" boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard? Sekian terima kasih. | Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca. | Ejaan | 14.02.2013 |
Kalau saya hendak translate "character" to Bahasa Malaysia, selain daripada watak, boleh saya guna "karekter"? Terima Kasih Character Pencil (Bahasa English) Pencil Karacter atau Pencil Watak? (Bahasa Malaysia) | Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca. Mengikut hukum D-M, frasa yang tepat ialah "Watak Pensil" atau "Karakter Pensil". | Tatabahasa | 10.02.2014 |
apakah maksud karakter? | Saudara, Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita. Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu. | Makna | 16.09.2010 |
Apakah padanan untuk 'buff'? Dalam dunia permainan komputer (gaming), buff bermaksud suatu keupayaan yang memberikan kelebihan kepada karakter/hero setelah mendapatkan/menjumpainya. terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah "buff " dalam bidang Sistem Maklumat ialah buf. | Istilah | 27.11.2022 |
Apakah padanan sesuai untuk 'skin' ? Dalam dunia permainan komputer (pc game) dan mudah alih (mobile gaming), skin bermaksud kosmetik / peralatan yang dibeli untuk dipakaikan/dipasangkan pada karakter/hero dalam permainan tersebut. | Padanan bahasa Melayu untuk istilah "skin " dalam bidang Sistem Maklumat ialah kekulit. | Istilah | 25.11.2022 |
Bolehkan kata ganti diri manusia digunakan di dalam dialog antara binatang-binatang. Contoh: "Esok kita berlumba dari sini, sehingga ke pokok hujung sana," kata Kura-Kura kepada Arnab. Jika tidak boleh, sila betulkan ayat ini. Terima kasih. | Penggunaan kata ganti nama diri manusia bagi binatang dibenarkan dalam karya kreatif, khususnya dalam penceritaan karakter binatang bersifat seperti manusia dan melakukan aktiviti manusia. Contoh, "Esok kita berlumba dari sini sehingga pokok hujung sana," kata kura-kura kepada arnab. Namun, dalam penulisan ilmiah kata ganti nama diri manusia tidak digunakan untuk binatang. | Tatabahasa | 29.04.2021 |