Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal. | Makna | 01.02.2014 |
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
| Makna | 18.05.2020 |
Bolehkah "Green Coral Lettuce" diterjemahkan sebagai "Salad Karang Hijau"? | Salam sejahtera, Puan, Salad karang hijau boleh digunakan sebagai padanan untuk green coral lettuce. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2019 |
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. | Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betul | Tatabahasa | 12.02.2009 |
apakah perbezaan antara pekarangan dengan perkarangan? adakah kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu kawasan halaman? atau batu karang di laut untuk perkarangan? | Pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang. | Tatabahasa | 05.10.2014 |
Ayat yang mengandungi pelengkap tak langsung ialah A.saya amengarang sebuah sajak. B.Saya mengarangkan sebuah sajak. C.Sajak utu saya karang sendiri D.Sajak itu dikarang oleh Ali mana satukah jawapannya? apakah yang dimaksudkan pelengkap tak langsung ? terima kasih | Yang betul ialah saya mengarangkan sebuah sajak. Sajak itu saya karang sendiri. Sajak itu dikarang oleh Ali. Pelengkap terdapat pada ayat dengan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Tapi unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Frasa pelengkap tak langsung tidak terdapat dalam konteks ayat tak transitif. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah objek tepat dan objek sipi dalam konteks ayat transitif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 385. | Tatabahasa | 22.04.2008 |
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya. | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan. | Tatabahasa | 06.04.2013 |
Adakah nama pejabat karang mengarang ditukar kepada upsi selepas kemerdekaan? | Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara. | Lain-lain | 11.07.2012 |
Tuan, Ayat dalam petikan. Keistimewaan pulau ini ialah terumbu karang yang terbesar di Asia yang mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. Soalannya: Perkataan menggamit dalam petikan bermaksud ? A. memanggil B. memerhati C. menarik D. mencuit Yang manakah jawapannya? | Menggamit sama maksudnya dengan mencuit, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menggamit. | Tatabahasa | 26.06.2012 |
saya ingin mengetahui secara terperinci maksud seni mengarang | Secara umumnya, seni mengarang mengenai seni karang-mengarang. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . | Lain-lain | 07.03.2013 |