Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bu.ré.tor] | کربوريتور

Definisi : (karburétor) alat tempat udara bercampur dgn wap minyak petrol utk menjadi bahan peletup pd enjin kereta dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bu.ré.tor] | کربوريتور

Definisi : /karburétor/ ist alat pd enjin yg mengubah petrol menjadi spt kabus dan mengatur percampurannya dgn udara, dst mengawal pengaliran campuran petrol dan udara ke dlm enjin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karburetor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PEMBETULAN AYAT: Apakah ayat yang betul? "Elakkan penggunaan gasket terpakai apabila memasang semula karburetor bagi mengelakkan sebarang kebocoran".Cadangan ayat yang dikemukakan adalah betul penggunaan tatabahasanya.Tatabahasa09.01.2020
Penggunaan 'dari', 'daripada', 'ke' dan 'kepada'. Apakah ayat yang betul bagi ayat ini? ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya".
  1. Perkataan dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
  2. Kata sendi nama  "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.
  3. Cadangan ayat ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya" adalah betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa09.01.2020
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan kepastian tentang ayat berikut: Sila pindahkan fail ini daripada telefon kepada komputer anda.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh: Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini.

Pasangan kata sendi yang betul ialah:

      i.    daripada dengan kepada
contoh ayat: Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada 10 hari kepada 7 hari bekerja.

    ii.     dari dengan ke
contoh ayat: Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya.

 
Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:
      i.        Sila pindahkan fail ini daripada telefon kepada komputer anda.

Tatabahasa04.02.2020

Kembali ke atas