Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ist berkaitan dgn jantung dan saluran darah: Rawatan itu adalah utk mengurangkan risiko penyakit ~, spt sakit jantung atau angin ahmar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kardiovaskular


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat tengahari, saya inging meminta bantuan untuk memeriksa terjemahan visi, misi dan nilai-niali teras seperti yang di lampirkan.

1. Menjadi peneraju kecemerlangan pada peringkat global dalam penjagaan kardiovaskular dan torasik.

2. Kami berusaha untuk menyediakan tahap penjagaan yang berkualiti dan selamat dengan mengutamakan kehendak pesakit.
3.
Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan cemerlang.
4.
Kami akan menerajui bidang penyelidikan, pembangunan dan latihan untuk membangunkan tahap keupayaan penjagaan kardiovaskular dan torasik. 

5. Kami akan menjadi majikan terbaik yang sentiasa meningkatkan keupayaan anggota untuk memajukan organisasi dan kerjaya. 

6. Objektif kami adalah untuk memastikan kedudukan kewangan kami berdaya tahan. 

7. Kami ialah anggota profesional yang melaksanakan tugas dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab ke atas tindakan kami.  

8. Kami akan sentiasa menyesuaikan diri dan berusaha untuk membangunkan organisasi dan menimba ilmu pengetahuan serta mencari penyelesaian yang inovatif. 

9. Kami akan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap aktiviti yang dilakukan berkualiti. 

10. Kami beriltizam untuk memastikan kejayaan dan sumbangan IJN dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan.  

11. Kami sentiasa mempunyai satu tujuan; dan bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh hormat dan saling mempercayai.  

12. Kami melayan pelanggan dengan harapan dapat memenuhi keperluan mereka.
Penyemakan dan penterjemahan08.11.2017
Apakah terjemahan kepada Bahasa Melayu berkaitan dengan nama kursus di bawah: 1. Advanced Diploma in Health Care Management 2. Advanced Diploma in Intensive Care 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care 4. Advanced Diploma in Emergency Care Terima Kasih

1. Advanced Diploma in Health Care Management = Diploma Lanjutan Pengurusan Penjagaan Kesihatan

2. Advanced Diploma in Intensive Care = Diploma Lanjutan Rawatan Rapi

3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular

4. Advanced Diploma in Emergency Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan

Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014

Kembali ke atas