saya ada kemuskilan mengenai ayam kari dan kari ayam.. adakah penggunaan ini boleh digunakan seperti saya makan kari ayam. kakak saya masak ayam kari ?adakah penggunaan ayat ini betul | Mengikut Hukum D - M, kari ayam. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ayam (bukan kari ikan). | Tatabahasa | 01.08.2013 |
ayam kari atau kari ayam? alasannya. TQ | Saudara/Saudari, Mengikut Hukum D-M, iaitu diterangkan dan menerangkan. Diterangkan, merupakan unsur inti - dalam hal ini jenis masakan, iaitu kari; manakala menerangkan, merupakan unsur penerang kepada jenis masakan, iaitu ayam. Frasa yang betul ialah ... makan kari ayam. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
yang mana satu yang betul. ayam kari/ kari ayam rendang ayam/ayam rendang tolong beri penerangan dengan jelas. susah nak terangkan pada pelajar | Mengikut hukum D-M,iaitu yang menerangkan dan yang diterangkan, yang betul ialah kari ayam, rendang ayam. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 354-355. | Tatabahasa | 04.09.2007 |
Ibu memasak kari ikan di dapur. Kalau tukar ayat ini kepada ayat pasif ialah jawapan 1 atau 2 ? Boleh berikan penerangan . 1. Kari ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Kari ikan di dapur dimasak oleh ibu. Terima kasih. | Gina, Sila lihat dan teliti penerangan ini - Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
salam....saya hendak bertanya adakah maksud makanan iaitu makan kari ayam atau makan ayam kari? .saya betul-betul hendak tahu mana satu ayat yang betul | Mengikut Hukum D-M, iaitu diterangkan dan menerangkan. Diterangkan, merupakan unsur inti - dalam hal ini jenis masakan, iaitu kari; manakala menerangkan, merupakan unsur penerang kepada jenis masakan, iaitu ayam. Frasa yang betul ialah ... makan kari ayam. | Tatabahasa | 04.04.2011 |
jangan abil kuah kari itu sampai melaut dalam pinggan nasi kamu. ayat ini melaut salah digunakan? melaut=seperti laut. kalau salah, bagaimana betulkan ayat ini? TQ | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, melaut bermaksud 1. seperti laut, luas seperti laut 2. turun ke laut (untuk belayar dan lain-lain). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan melaut memang tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan melaut boleh digantikan dengan perkataan penuh. (jangan ambil kuah kari itu sampai penuh dalam pinggan nasi kamu.) | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Salam.. Terima kasih atas khidmat DBP. Saya musykil dengan Hukum D-M iaitu istilah bagi makanan contohnya, istilah yang betul ialah kari ayam dan juga rendang ayam tetapi bagaimana dengan istilah ayam goreng / ayam golek/ ayam bakar? Harap saudara/i dapat jelaskan. | Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Kari dan rendang ialah unsur inti (nama masakan) manakala ayam ialah unsur penerang (jenis masakan). Bagi ayam goreng, ayam golek, ayam bakar, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala goreng, golek dan bakar ialah unsur penerang (cara masakan). | Tatabahasa | 04.03.2009 |
tuan habis pokok kari emak diserang benar. (tuan, benar wajar digantikan dengan apa perkataan. TQ) | Gantikan benar dengan kata/istilah lain yang menjadi penyerang pokok tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |