Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.ni.val] | کرنيۏل

Definisi : 1. pesta besar-besaran biasanya di­sertai oleh perarakan, acara meriah, dsb; 2. pesta ria bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karnival


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, yang mana betul? MINI KARNIVAL atau KARNIVAL MINI? Terima kasih.
KARNIVAL MINI
Lain-lain02.09.2015
Penggunaan yang betul Mini karnival Jepun atau Karnival Jepun MiniFrasa yang betul jika merujuk kepada karnival Jepun yang dibuat secara kecil-kecilan ialah Karnival Jepun MiniLain-lain05.09.2016
1. Karnival itu diadakan untuk mempopularkan permainan tradisional semula. 2.Karnival itu diadakan untuk mempopularkan semula permainan tradisional. Ayat manakah yang tepat?Ayat yang betul ialah “Karnival itu diadakan untuk mempopularkan semula permainan tradisional.”.Tatabahasa10.09.2022
1. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke karnival buah-buahan tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. 2. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. Ayat yang mana satukah yang betul? Boleh berikan penerangan sama ada "karnival buah-buahan tempatan" merupakan kata nama am atau khas. Terima kasih.

Kata nama khas terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Karnival Buah-buahan Tempatan tergolong dalam kata nama khas tak hidup dan menggunakan huruf besar pada pangkal setiap perkataan.

Ayat yang betul ialah "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 84 – 85.

Tatabahasa17.07.2024
Ayat yg betul.... Penggunaan "dalam kalangan" atau "terutama kepada" 1. Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Atau 2. Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi terutama kepada masyarakat Malaysia.

Penggunaan ayat yang betul ialah “terutama kepada”.
Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi terutama kepada masyarakat Malaysia.”

Tatabahasa13.11.2025
Karnival Kerjaya Ke-3 atau Ketiga? Apakah hukum menulis ke- (bagi menunjukkan bilangan ke berapa?) Bilakah sesuai guna nombor dan bilakah mesti guna perkataan?

Frasa yang betul ialah Karnival Kerjaya Kali Ketiga atau Karnival Kerjaya Kali Ke-3.

Penggunaan kata sendi nama “ke-” dalam penomboran dimulai dengan nombor 2 hingga yang seterusnya dan boleh juga ditulis sama ada dalam bentuk ejaan penuh atau penomboran, contohnya “ketiga” atau “ke-3”. Kata sendi nama “ke” dieja menggunakan “K” huruf besar bagi tajuk.

Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP 2023) halaman 165.

Tatabahasa02.11.2025
Karnival Bulan Bahasa, temasya bulan bahasa atau pesta bahasa. Mana yg lebih sesuai?Karnival Bulan Bahasa.Lain-lain14.08.2017
Saya Norazizah Md Tahir Pustakawan daripada UTeM. Pihak perpustakaan UTeM akan menjalankan karnival, oleh itu kami ada menyediakan poster untuk tujuan hebahan bagi karnival tersebut. Pertanyaan saya, bagaimana saya boleh membuat semakan dengan pihak DBP berkaitan penggunaan ayat didalam poster tersebut. Sekian terima kasih.Sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa melalui laman web dbpsahbahasa.my untuk perkhidmatan penyemakan dan pengesahan bahasa bagi poster yang puan maksudkan.Lain-lain03.09.2018
Salam sejahtera, saya ingin tanya sama ada ayat-ayat di bawah adalah betul atau tidak: 1. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah. 2. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami. terima kasihKedua-dua ayat di atas betul.Tatabahasa01.04.2024
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail.
2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu.
Tatabahasa29.06.2012
123

Kembali ke atas