Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka?Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan KaryawanLain-lain13.06.2007
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasihBerhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam.Lain-lain15.03.2009
1.sinoplis sejarah melayu 2.aspek bahasa dalam sejarah melayu fonetik,fonologi,morfologi,sintaksis,semantik,kossa-kata

Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang merupakan karya agung orang Melayu yang mengisahkan tentang asal usul raja-raja Melayu dan keturunannya. Oleh sebab pertanyaan saudara memerlukan  kajian dan penyelidikan yang mendalam, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan.

Lain-lain17.02.2009
Bolehkah "mahakarya" digunakan untuk perkara selain karya, filem dan novel? Contohnya "masterpieces of military history" diterjemah menjadi "mahakarya sejarah tentera".Terjemahan yang sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah yang terbaik, sejarah tentera yang terbaik. Mahakarya digunakan dalam konteksĀ karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain) pada sesuatu zaman.Tatabahasa11.06.2013
Saya seorang penduduk Singapura yang minat dengan kesusasteraan Melayu klasik. Namun, koleksi hikayat-hikayat dan syair-syair lama yang terbesar tersimpan di Perpustakaan Kebangsaan Singapura, dan tidak boleh dipinjam. Kebanyakannya terbitan DBP. Masihkah DBP menerbit sastera Melayu klasik dan bolehkah mereka didapati di kedai-kedai buku Malaysia atau Singapura?Buku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain07.11.2015
Saya berminat sangat dan berharap pihak dewan bahasa dan pustaka akan menerbitkan semula buku2 lama seperti hikayat hang tuah dan diedarkan secara komersial supaya lebih mudah didapati.. Sebagai tambahan saya berharap laman sesawang untuk dewan bahasa dan pustaka dapat lebih ditambah baik supaya lebih menarik dengan grafiknya dan lain2 supaya masyarakat lebih minat untuk singgah ke halaman sesawang dewan bahasa dan pustakaBuku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP.Lain-lain06.07.2015
Tuan, saya sedang mencari karya dan tulisan penulis-penulis agung Melayu zaman dahulu kala seperti Prof. Hamka. Di manakah boleh saya mendapati buku-buku seperti ini? Adakah DBP mempunyai buku-buku tersebut?Buku karya Prof. Hamka dan karyawan lain juga boleh dibaca di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. PuanĀ boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan di Pusat Dokumentasi Melayu anda boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan.Lain-lain10.08.2014

Kembali ke atas