Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen | Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i. Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978. ii. Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975. iii. Di Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984. iv. Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan v. Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. | Lain-lain | 29.02.2008 |
Apakah maksud penulis muda ? Adakah penulis yang baru menulis ? atau adakah penulis yang telah melibatkan diri mereka sejak tahun 90-an hingga sekarang ? | Penulis muda dikategorikan mengikut hasil karyanya. Sekiranya seseorang penulis sentiasa menghasilkan karya untuk golongan muda, maka penulis itu dianggap penulis muda. Penulis yang baru menulis tidak semestinya bergelar penulis muda jika karyanya untuk pembaca umum dewasa. Jadi, penulis yang berkarya semenjak tahun 1990-an dianggap penulis muda jika karyanya sentiasa untuk golongan muda. | Lain-lain | 05.05.2008 |
Adakah DBP mengupah penterjemah untuk karya-karyanya? Jika ya, sila beritahu bagaimanakah saya boleh mendaftar nama saya untuk tugasan ini. Saya berminat untuk menterjemah karya dalam Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih. Carole Ann Goon (Tel. Bimbit: 014 2399427) | Cik Caolean boleh menghubungi Puan Saaodah Abdullah Persatuan Penterjemahan Malaysia di talian 0122067076 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210. | Lain-lain | 20.11.2007 |
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ? | Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Salam 1Malaysia, Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak DBP sama ada penulis yang karyanya dipilih sebagai karya untuk teks KOMSAS Tingkatan 4 akan menerima sebarang honorarium/royalti ataupun tidak. Ini kerana karya saya telah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan 4 bagi Tahun 2010. Atas maklumbalas pihak DBP berhubung perkara ini amatlah dihargai. | Karya yang dipilih untuk teks KOMSAS akan dibayar honorarium/royalti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui penerbit yang berkenaan. | Lain-lain | 06.07.2010 |
Salam,saya pelajar UM yang sedang menjalankan kajian mengenai sistem ejaan jawi yang digunapakai oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dalam karyanya yang terdapat di ANM. Tajuk kajian saya " Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Awal Abad ke 20 : Kajian terhadap Karya Sheikh Tahir Jalaluddin". Saya ingin bertanya pihak DBP mengenai siapa yang patut saya tanya @ temubual serta prosedur apakah yang perlu saya lakukan bagi mengesahkan kaedah tulisan Jawi yang digunakan oleh Sheikh Tahir? Sekian,terima kasih... | Waalaikumussalam. Untuk bertanyakan soalan tentang Sistem Tulisan Jawi Awal Abad Ke-20, kami cadangkan puan menghubungi tuan Haji Hamdan Abdul Rahman di talian 013 3472346. Terima kasih. | Penyelidikan | 08.12.2014 |
Sekiranya "melalui" digunakan sebagai kata sendi dalam tajuk esei, adakah ia harus dimulakan dengan huruf besar? "Penelitian Pengalaman Percintaan Sepanjang Hayat Li Qingzhao Melalui/melalui Karya-karyanya" Terima kasih. | Perkataan "melalui" sebagai kata sendi hendaklah ditulis dengan awalan huruf kecil. Ini bermakna bagi contoh ayat di atas awalan melalui ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 05.03.2007 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Adakah Puisi,Syair,Sajak, selain dari Cerpen & Novel, masih boleh diterima dan dihantar secara online oleh penulis baru untuk pihak DBP menilai dan dibukukan karyanya? Jika pihak DBP sedia menerima, dimanakah tempat untuk dihantarcoretan-coretan dan bagaimanakah caranya? Sekian, Terima kasih. | Karya tersebut boleh dihantar secara online dengan surat iringan penyerahan bahan oleh penulis. Setiap karya yang di hantar ke DBP akan dinilai untuk dipertimbangkan penerbitannya. Karya itu bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my | Lain-lain | 08.07.2013 |
konsep dan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu | Secara ringkas perkem. kesus. Melayu bermula sejak zaman Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri. Zaman Abdullah diambil kira apabila mesin cetak diperkenalkan waktu itu. Manakala Hamzah Fansuri dan karya-karyanya dianggap permulaan zaman intelektual yang diperkenalkan melalui karya-karya beliau yang terdapat ciri-ciri internasional, saintifik, dan Islamik. Selain itu kesusasteraan Melayu juga mengambil kira sastera lisan, sastera kitab, cerita2 binatang sebagai cerminan masyarakat waktu itu. Untuk lebih lanjut sdr perlu melihat dan membaca buku2 berkaitan ttg kesusasteraan Melayu karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana2 mutakhir. Terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2007 |
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih. | Salam sejahtera, Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan. Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini, penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis. | Lain-lain | 08.01.2012 |