Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sual] | کاسوال

Definisi : (tentang pakaian) tidak formal: Linda telah menunjukkan beberapa ciptaan pakaian ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sual] | کاسوال

Definisi : (bkn pakaian) tidak formal: Beberapa orang peragawati sedang memperagakan pakaian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasual (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan biasa, lazim, tidak formal.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan smart kasual di dalam bahasa melayu?Terjemahan yang sesuai bagi smart casual ialah Pakaian Kasual KemasMakna19.10.2016
Salam, Saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara "berdekatan" dan "berhampiran"? Adakah perbezaannya hanya terletak pada kesedapan ayat atau konteks kasual/formal sahaja? Adakah benar berdekatan adalah lebih formal berbanding berhampiran? Antara yang berikut, yang manakah lebih sesuai/lebih sedap didengar? "Kunjungi cawangan pusat jualan X berdekatan anda" atau "Kunjungi cawangan pusat jualan X berhampiran anda" Terima kasih :)Istilah berdekatan merujuk kepada berhampiran dengan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud berdekatan ialah berhampiran dengan atau tidak berjauhan. Manakala berhampiran pula bermaksud tidak berapa jauh dari atau berdekatan. Maka kedua-dua istilah merupakan sinonim dan boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.Makna28.12.2016
Apa terjemahan pakaian "smart casual"?Cadangan padanan bagi istilah smart casual dalam bahasa Melayu ialah kasual kemas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah29.09.2024
Apakah maksud "casual dining" dan "fine dining" dalam bahasa melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah casual dining ialah hidangan kasual dan fine dining ialah hidangan pesona. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.09.2023

Kembali ke atas