Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bak | Berikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
Mohamad Afiq Syazwan THURS 23:22 Mohamad Afiq Syazwan Mohamad Afiq As salam borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 boleh dapat kat mana ya? cari kat laman web tak jumpa pun | Untuk mendapatkan borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 sila layari laman web http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ dan klik pada bahagian atas dan klik pada gambar no. 5 (file:///C:/Users/abdulhalim/Downloads/pdfposter.pdf) | Lain-lain | 10.01.2017 |
Nasibah My RAB 12.06 PTG Salam. Nak tanya Kalau nak semak ejaan jawi, boleh rujuk kat mana ya? Sebelum ni, saya selalu rujuk kat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online Dulu "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP" sekarang dah berubah ke? | Waalaikumussalam. Untuk menyemak ejaan Jawi, puan masih boleh merujuk di prpm.dbp.gov.my, iaitu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Ejaan Jawi setiap perkataan akan terpapar bersama-sama perkataan yang dicari. | Ejaan | 24.05.2017 |
bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasih | Sebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapa perkataan ma -sya-ra-kat dieja مشاركت begini. Mengapa tidak dieja مشاراكت sedangkan dalam perkataan pe-ra-ju-rit (فراجوريت) kedudukan huruf alif tidak digugukan selepas huruf ro. Begitu juga perkataan ke-ra-na (كران) masih wujud huruf alif selepas ro. Maka saya ingin persoalkan mengapa hukum sebegini tidak digunakan dalam perkataan masyarakat? Adakah ini digelar sebgai satu kelaziman bagi perkataan masyarakat ? Semoga persoalan saya mendapat pencerahan yang sewajarnya. Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami terhadap panduan ejaan Jawi tidak menemukan rumus yang berkaitan dengan soalan puan. Isunya dalam ejaan masyarakat adalah pada suku kata kedua akhir ra.kat (ma.sya.ra.kat), bukan pada huruf اselepas ر. Kami akan merujuk pihak yang lebih arif dan jika ada maklumat terbaharu akan kami e-melkan terus kepada puan. | Ejaan | 06.03.2017 |
Assalamualaikum, Saya berharap agar dialog di bawah dapat dibetulkan. Terima kasih. Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Yvonne May 13HB JULAI 3.29 PTG Hi, selamat ptg. Smlm saya ada buat pembayaran online utk iklan 6258/2017 dan pembayaran sudah diterima. Duit sudah ditolak tapi kat website ckap kena bayar lagi. Saya call dari pagi tadi kat phone 03-21479100 - 9400 semua tak jawab. | Pihak kami akan hubungi tuan/puan pada kadar segera. Harap maaf atas kesulitan. | Lain-lain | 26.07.2017 |
Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Salam admin kat mana saya boleh dapatkan buku2 hikayat melayu klasik Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Even saya search dlm dbp punya page pon x jumpa Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Hanya yg ada hikayat hang tuah Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Adakah hikayat2 yg lain dah "pupus" di pasaran | Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 07.10.2015 |
Saya telah menghasilkan beberapa puisi, boleh saya tahu, kat mana saya boleh hantar untuk semakan pihak DBP? | Jawapan bagi soalan saudara telahpuan dijawab. | Lain-lain | 10.05.2010 |
Saya telah menghasilkan beberapa puisi, boleh saya tahu, kat mana perlu saya hantar untuk semakan? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak memberikan sebarang khidmat penyemakan puisi, tetapi andainya saudara berminat untuk menghantar puisi saudara untuk diterbitakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah saudara menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Sekiranya kumpulan puisi hantarkan kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 10.05.2010 |