Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Pokok keduduk bercabang tiga,
     Akar palas bersimpul pulih;
Sungguh duduk bertindih riba,
     Jangan diharap kata nak boleh.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya musykil dengan perbezaan antara kata akar, akar kata dan kata dasar. Tolong perjelaskan terima kasihDalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akarAkar kata (root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, tapa dalam bertapa, tani dalam pasar tani. Kata dasar atau bentuk dasar (base form) ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa.Tatabahasa25.04.2011
Apakah perbezaan antara akar kata dengan kata akar? Tolong jelaskan.Akar kata bermaksud inti kata yang menjadi pangkal erti beberapa kata, manakala kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan.Makna02.06.2012
Apakah perbezaan antara "kata dasar" dengan "kata akar"? Sila berikan contoh.1. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus.
2. Kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan peN-...-an, menjadi "pembelajaran".
Istilah08.05.2015
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar?Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Istilah05.03.2013
Adakah penggunaan kata ganda dengan imbuhan memper+kan betul dalam contoh berikut: 1.memperkecil-kecilkan 2.mempermain-mainkan 3.memperbudak-budakkan Adakah terdapat syarat hanya kata akar dengan kelas kata tertentu yang dbenarkan menggunakan kata ganda seperti di atas. Contohnya kata akar kata adjektif (memperkecil-kecilkan) adalah betul, manakala kata akar kata kerja (mempermain-mainkan) adalah salah.Yang betul memperkecil-kecil, mempermain-mainkan dan memperbudak-budakkan.  Imbuhan memper- dengan kata adjektif tidak membentuk kata dengan imbuhan memper-kan.  Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 177 untuk keterangan lanjut. Tatabahasa22.05.2008
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan senarai KATA ASAS bahasa Melayu? Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada frasa kata asas tetapi terdapat frasa kata dasar, kata akar, kata pokok. Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.03.2014
Adakah "rempat" dan "rungut" dikategorikan sebagai kata akar?

“Rempat” dan “Rungut” dikategorikan sebagai kata akar. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1850 dan 1915.

Tatabahasa02.07.2025
Apakah perbezaan antara mengesali dengan menyesali ?Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Kata akar bagi mengesali ialah sesal manakala kesal merupakan kata akar menyesali.Tatabahasa14.10.2019
apakah beza antara kata dasar, kata akar, kata tunggul, kata terbitan ? akar, tawa, dan mudi masuk kategori yang mana?Kata dasar/Kata akar ialah bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak. Kata tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata terbitan, kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan. Akar, tawa, mudi tergolong dalam kata dasar/kata akar/ kata tunggal.Tatabahasa10.10.2008
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas