Kata dua, main, buang, dia dalam satu atau dua suku kata? | Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan: 1. dua= du-a 2. buang= bu-ang 3. dia= di-a | Tatabahasa | 10.09.2015 |
saya ingin bertanya,, adakah perkataan dua itu dieja dengan satu suku kata atau dua suku kata ? Kalau satu suku kata, kenapa? Sekian terima kasih | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, dua dieja sebagai [dua]. Manakala, dalam Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, mengikut penggalan suku kata, dua merupakan perkataan dalam bahasa Melayu dua suku kata, kv+v = du+a. Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun]. | Ejaan | 21.03.2014 |
Salam sejahtera. 1) kedua-dua ibu bapa / kedua-dua orang ibu bapa 2) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 3) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 4) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Saya nampak jawapan-jawapan yang diberikan oleh DBP tahun-tahun sebelum ini ada perbezaannya. Bolehkah tuan jelaskan kata bilangan "kedua-dua" ini, belakangnya perlukah kita letak penjodoh bilangan? | “Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Dalam tatabahasa bahasa Melayu penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan. Contohnya: “Kedua-dua ibu bapa” atau “kedua-dua orang ibu bapa” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang ibu bapa" ialah bentuk yang lebih gramatis. | Tatabahasa | 30.10.2022 |
Berdasarkan soalan yang saya kemukakan semalam, pihak tuan tidak menjawab soalan saya. Saya bertanya tentang suku kata tetapi pihak tuan menjawab tentang ejaan. Saya mahu tahu perkataan Kaabah terdiri daripada berapa suku kata? Dua suku kata atau tiga suku kata. Bagaimanakah mahu mengenal pasti pembahagian suku kata ini bagi perkataan yang mempunyai vokal berganding. Harap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ini. Terima kasih. | Perkataan Kaabah mempunyai dua suku kata. Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. | Lain-lain | 18.12.2015 |
Cikgu, apakah beza maksud antara kata "lebih" dengan kata terbitan "berlebihan"? Adakah dua kata ini sama makna, dan cara pemakaian dua kata dalam ayat juga sama? Jadi, ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang lebih. 2. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang berlebihan. | Lebih bermaksud melampaui had yang sepatutnya atau bertambah daripada dahulu, manakala berlebihan bermaksud terlalu atau sangat banyak. Untuk melihat lebih jelas perbezaan makna antara kedua-dua perkataan ini, sila rujuk kamus dan lihat konteks penggunaannya. Dalam Tatabahasa Dewan tidak ada peraturan imbuhan yang lebih atau imbuhan yang berlebihan, malah dari aspek binaan kata terbitan tidak ada kata membasmikan. Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
| Tatabahasa | 22.02.2015 |
Nak tanya, antara "pengongsian" dan "perkongsian" yang mana satu lebih baku? Jika dua bentuk imbuhan mempunyai kata dasar berbeza, apakah dua kata dasar tersebut? Jika dua bentuk imbuhan berbeza, boleh jelaskan perbezaan dua imbuhan tersebut? | Untuk makluman tuan/puan, kata terbitan "pengongsian" dibentuk daripada kata terbitan "mengongsi", manakala kata terbitan "perkongsian" pula dibentuk daripada kata terbitan "berkongsi". | Tatabahasa | 16.09.2022 |
Hi, Saya ingin bertanyakan kedua-dua kata majmuk ini : 1) bersatu padu 2) bertungkus lumus. Adakah kedua-dua ini merupakan SIMPULAN BAHASA? Terima Kasih | Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut bukan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 21.09.2018 |
Ismail Narasantikun Aug 2nd, 11:13pm Salam hormat dari saya dua kata ini adakah betul kedua-kedua pengisytiharan perisytiharan | Salam hormat, 1. Pengisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. 2. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua kata itu betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 02.08.2015 |
1) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 2) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 3) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Bolehkah tuan bagi pencerahan lagi dalam keadaan apakah kita perlu letak penjodoh bilangan di belakang kata bilangan ini dan ada kalanya tak perlu? | Dalam bahasa Melayu, lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Namun demikian, bukan semua kata bilangan mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Dalam hal ini terdapat dua peraturan tentang penggunaan penjodoh bilangan. Kata bilangan tentu mestilah disertai oleh penjodoh bilangan contohnya "kedua-dua orang anak, kedua-dua ekor kucing dan kedua-dua buah kereta" manakala kata bilangan tak tentu tidak perlu disertai oleh penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 03.11.2022 |
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke? | Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama. | Makna | 20.05.2023 |