Apakah kata dasar untuk perkataan berhati-hati? Adakah hati-hati atau hati ? Utk tahun 2. TQ | Kata dasarnya ialah hati-hati. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Perbezaan “menyakiti hati” dan menyakitkan hati”? | Menurut Kamus Dewan Perdana, menyakiti bermaksud menyebabkan seseorang berasa sakit dan berkenaan dengan kata-kata dan perbuatan menyebabkan hati dan perasaan berasa sakit. Menyakitkan adalah menjadikan atau menimbulkan rasa sakit pada sesuatu. Menyakitkan hati bermaksud menyebabkan seseorang berasa sangat tersinggung, geram dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau hal. Oleh yang demikian, menyakiti hati dan menyakitkan hati membawa maksud yang sama dan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1932-1933. | Tatabahasa | 04.12.2024 |
basuh pinggan dengan cermat ATAU basuh pinggan dengan hati-hati? Terima kasih. | Cermat dan berhati-hati, kedua-duanya membawa maksud yang hamper sama, iaitu melakukan sesuatu dengan penuh perhatian atau teliti. Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.11.2014 |
Apakah kelas kata bagi bulat hati? | Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. “Bulat hati’ terdiri daripada dua kata dan mengikut Kamus Dewan, bulat hati mempunyai dua maksud, iaitu lurus hati dan tegap (teguh) hati atau sungguh-sungguh. | Makna | 13.01.2015 |
"Kata-kata Siew Chin menjadi batu api hati Mona". Sila betulkan kesalahan pada ayat tersebut. | "batu hati" bermaksud "penghasut". Perkataan "batu api" dalam ayat tersebut tidak sesuai. Sila gantikan perkataan lain yang sesuai. | Lain-lain | 15.10.2014 |
Tuan, Salam sejahtera. 1. "Gunakan gam untuk melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, mengapakah imbuhan "me" digunakan dalam perkataan "melekatkan" tetapi perkataan "gunakan" tidak memerlukan imbuhan "meng"? Apakah perbezaannya? Terima kasih. 2. Apakah maksud yang didukung oleh perkataan "terguris'? Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Malaysia kerana sering kali rangkai kata "hati terguris" digunakan dalam penulisan sedangkan perkataan tersebut tidak tercari maknanya dalam kamus? Sila berikan tunjuk ajar. Terima kasih. | 1. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan (seperti gunakan dalam ayat contoh yang diberi) menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Untuk maklumat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185. 2. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah "ergores". Oleh itu ungkapan yang betul ialah tergores hati. | Tatabahasa | 21.10.2014 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Para pemandu perlu memandu dengan berhati-hati ketika hujan kerana jalan raya menjadi licin. Saya ingin tanya,dalam ayat di atas, adakah kata 'berhati-hati' berfungsi sebagai kata adjektif ? Terima kasih. | Perkataan "berhati-hati" ialah kata adjektif. | Tatabahasa | 24.05.2016 |
Tuan, salam sejahtera. Saya ingin meminta tunjuk ajar daripada pihak tuan tentang erti kata "tanda hati" dalam ayat "Kami akan menerima sumbangan tanda hati daripada pegawai daerah". Sekian, terima kasih. Yang benar, Encik Chai. | Tidak ada frasa "tanda hati" dalam data kami. Berdasarkan konteks ayat tanda hati boleh membawa maksud hadiah atau cenderamata sebagai tanda ingatan. | Tatabahasa | 14.10.2014 |
salam, saya tengok dalam kamus perdana ada perkataan guris. saya nak tanya guris boleh digunakan atau tak. lepastu kalau ayat itu untuk hati. cth menggores/ menguris hati? | Kehadiran kata guris dalam KDP yang dirujuksilangkan kepada gores adalah untuk menyatakan bahawa ejaan bagi kata tersebut telah diselaraskan mengikut Pedoman Pembentukan Ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu gores. Penggunaan ejaan guris adalah tidak baku dan penggunaannya seperti dalam frasa kerja "mengguris hati" sepatutnya dieja "menggores hati". Hati yang tergores sangat menyakitkan. Penggunaan kata ini bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. | Ejaan | 26.07.2023 |