| Bolehkah tuan/puan berikan contoh-contoh benda, keadaan, dll. untuk membezakan penggunaan kata adjektif kasar dan kesat? Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau kesat? Dalam situasi-situasi apakah kata adjektif kasar dan kesat sesuai digunakan? Terima kasih. | Sila rujuk pada lampiran | Makna | 19.03.2019 |
| Apakah itu bahasa makian? | berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. | Istilah | 26.07.2010 |
| Salam. Bolehkah kata seru 'cis' dan 'cih' digunakan dalam sari kata? Adakah ia dikira sebagai bahasa kasar? Terima kasih. | Perkataan "cis" boleh digunakan dalam konteks menyatakan perasaan marah atau benci. Mohon maaf atas kelewatan memproses pertanyaan tuan. Soalah diterima pada 7 Disember 2020. | Tatabahasa | 16.07.2020 |
| Terjemahan untuk public speaking yang tepat adalah pengucapan awam atau pidato umum? perkataan awam/umum mungkin secara kasar sama maknanya namun perkataan pidato saya kira lebih tepat kerana merupakan kata dasar bukan kata terbitan. diharap selepas ini DBP akan menggunakan pidato umum untuk public speaking selepas ini (untuk makluman acara DBP baru-baru ini menggunakan frasa pengucapan umum). | Public speaking ialah istilah dalam bidang komunikasi dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah "pidato umum". | Istilah | 20.06.2011 |
| Secara kasar dapat dijelaskan sebabnya. Apakah fungsi kata bagi perkataan “secara” dalam ayat di atas? Adakah ayat di atas gramatis? | Secara bermaksud dengan cara. Perkataan secara boleh digantikan dengan dengan cara, iaitu penggunaan kata dengan sebagai keterangan cara dalam ayat. | Tatabahasa | 31.07.2020 |
| Assalamualaikum WBT. Mengapa "carrot" dipadankan dengan kata "lobak merah" yang pada asasnya berwarna jingga jika dilihat dengan mata kasar? Dalam bidang morfologi, "merah" berfungsi sebagai penerang bagi kata nama "lobak". Walaupun begitu, kata "merah" dilihat tidak sesuai untuk menerangkan kata "lobak merah" yang dipadankan dengan "carrot" dalam bahasa Inggeris. Minta penjelasan daripada pihak tuan. | Dalam Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, terbitan DBP, 1979 telah ada perkataan carrot dan diterjemahkan kepada lobak merah, malah Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970 telah ada entri lobak dan dimasukkan juga di bawahnya lobak merah. Hal ini bermakna perkataan dan padanan lobak merah bagi carrot telah ada sekian lama tetapi tidak diketahui etimologinya dan sumber rujukan kami tidak menemukan maklumat yang berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2021 |
| Adakah perkataan "Phenomenal" dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud/bersinonim "extraordinary, remarkable, outstanding, amazing" boleh dipakai sebagai kata pinjaman "Fenomenal" yang ditakrifkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan hebat, serta dapat dilihat dengan mata kasar? | Untuk makluman tuan/puan, perkataan 'fenomenal' tidak terakam dalam mana-mana Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Padanan bahasa Melayu bagi istilah phenomenal ialah fenomena atau fenomenon. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), 'fenomena' bersinonim dengan 'fenomenon' dan ditakrifkan sebagai seseorang atau sesuatu yang hebat dan dikagumi. | Istilah | 13.09.2025 |
| Tuan / Puan yang dihormati, Adakah perkataan 'kecelakaan' tidak sesuai digunakan untuk bina ayat? Contohnya, Kita haruslah berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya. Adakah celaka perkataan yang kasar? Terima kasih. | Kecelakaan dari kata dasar celaka tetapi membawa makna baharu, iaitu kemalangan. Kecelakaan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 04.04.2017 |
| KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci? | Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad. | Tatabahasa | 11.11.2010 |
| assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit. Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut: Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar. Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pemikiran pendengar | Makna | 24.04.2012 |