Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera. | Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Berdasarkan Tatabahasa Dewan, partikel -lah yang digunakan sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu megalami proses pendepanan. Oleh itu, adakah penggunaan partikel -lah dalam ayat di bawah betu, walaupun predikat tersebut tidak didepankanl? Kita hendaklah menyahut seruan pihak kerajaan untuk memakai topeng muka. | Ayat ini betul, partikel -lah digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Dalam susunan biasa partikel -lah dalam predikat ayat seperti pakailah topeng muka. | Tatabahasa | 19.04.2020 |
Berkaitan Kertas BM 2 UPSR : Bahagian C, status penggunaan 'lah' bersama kata bantu 'mesti, harus, hendak'. Soalannya boleh guna atau tidak boleh atau harus diguna? | Partikel "lah" berfungsi sebagai kata penegas dan boleh digunakan untuk menegaskan bahagian tertentu dalam ayat. contohnya pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya. | Tatabahasa | 12.04.2014 |
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih - | 1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah. 2. Perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.10.2010 |
apa beza turutlah dan turutilah? | Turutlah daripada kata dasar turut + partikel lah, manakala turutilah daripada kata dasar turut + akhiran -i + partikel lah. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Jika menggunakan perbualan misalnya perkataan yalah atau ajelah. Perkataan lah itu boleh digabungkan ataupun menjadi dua perkataan. Terima kasih. | Kata penegas -lah mesti dieja rapat dengan perkataan sebelumnya kerana ia tidak boleh berdiri sendiri kerana tidak membawa apa-apa makna. | Tatabahasa | 10.12.2007 |
Salam sejahtera. 1. Di sini bermula sejarah pewaris........ 2. Di sinilah bermula sejarah pewaris...... Ayat pertana dan ayat kedua, yang mana satu betul tentang penggunaan partikel lah? Terima kasih. | Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah, di sini/di sinilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Salam sejahtera, Perkataan ada jika diikuti dengan lah; haruskah ianya dicantumkan? Contoh ayat: A: Kau yang melakukannya? B: Tak adalah / Tak ada lah. Terima kasih! | Kata penegas atau disebut juga partikel -lah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya. Contoh: inilah. mungkinlah | Ejaan | 24.07.2020 |
Saya ingin pastikan sama ada kata-kata berikut adalah sesuai untuk digunakan untuk poster besar pengiklanan. Dari segi tatabahasa dan kesesuaian. Terima Kasih " Nikmati-lah kemudahan servis waktu senja. Untuk tempahan servis, hubungi: 03- 5621 5566" | Sila buat visual poster tersebut dalam bentuk jpeg atau gif dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 13.08.2014 |
Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |