Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kata-kata

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Seperti bunyi gung tertangkup.

Bermaksud :

Kata-kata yang tidak jelas.

 

Lihat selanjutnya...(65)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Cik Ruhila tergamam mendengar kata-kata itu datang dari seorang warga asing berkulit putih". Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?Ayat yang betul ialah "Cik Ruhila tergamam apabila mendengar kata-kata itu daripada seorang warga asing yang berkulit putih".Tatabahasa09.12.2019
Selamat petang. "Kata-kata Mutiaria Xi Jinping", adakah ungkapan ini betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah “Mutiara Kata Xi Jinping”. Mutiara kata bermaksud kata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini.Tatabahasa08.08.2020
Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik.Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan.Tatabahasa07.04.2019
kata-kata Ali yang tajam dan _________ menyinggung perasaan Aisyah. a. pedih b. perit c. pedas terima kasihKedua-dua perkataan pedih dan pedas boleh digunakan dalam ayat tersebut.Lain-lain22.07.2019
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini.

Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

            Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik)

(TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179)

Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya:

            Masak – pemasak

Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya:

            Perkosa – pemerkosa

            Tahan – penahan

            Karang – pengarang

            Selam – penyelam

Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132)

Tatabahasa11.07.2019
Apakah langkah yang diambil DBP untuk merakam kata-kata baharu seperti 'pengantunan' dan 'amang seksual' atau 'nirbingkai'/'nirwayar' dalam PRPM? Kamus Besar Bahasa Indonesia versi Daring dibawah kendalian Kemendikbud dimutakhirkan dua kali setahun (April dan Oktober). Apakah DBP juga bercadang berbuat demikian? Kamus cetak seperti Kamus Dewan tidak lagi mampu menjadi rujukan terkemas kini akibat perkembangan bahasa yang begitu pesat. Saya rayu DBP untuk memperhebat PRPM sebagai sumber terkemas kini berkait kosakata bahasa Melayu Nusantara.Kami mengambil maklum cadangan tuan berkaitan frasa ’pengantunan kanak-kanak’, ‘amang seksual’ dan ‘nirbingkai’/nirwayar’.  Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Kami amat menghargai keprihatinan dan cadangan yang diberikan dalam usaha bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan.Istilah15.03.2019
Adakah frasa 'tinta azimat' yang sepatutnya bermaksud kata-kata hikmat, wujud?

Menurut Kamus Dewan “tinta” bermaksud dakwat dan “azimat” bermaksud bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas dan sebagainya. Manakala, “hikmat” pula merujuk kepada erti atau maksud yang dalam. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan bahawa “tinta azimat” merupakan hasil tulisan seseorang pada kertas atau medium lain berkenaan apa-apa sahaja yang ingin disampaikan, sebaliknya “kata hikmah” merupakan kata-kata atau perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam penulisan rasmi penggunaan frasa "tinta azimat" tidak wujud.

Makna05.05.2020
Assalamualaikum, Saya pelajar jurusan master di UM yang sedang melakukan kajian ke atas buli siber menggunakan data daripada twitter. Saya mahu tahu, jika pihak DBP mempunyai senarai Kata-kata yang dikategorikan sebagai kata makian/nista/kesat/ejekan yang boleh membantu saya menjalankan kajian tersebut. Bagaimana boleh saya mendapatkannya atau dengan siapa saya perlu berhubung mengenai perkara ini?Tuan,

Untuk makluman, DBP tidak menyediakan senarai khusus berkenaan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai kata makian, nista, kesat atau ejekan. Mohon tuan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami melalui laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Lain-lain23.04.2019
Saya ingin mendapatkan senarai kata-kata Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Inggeris. Contohnya, Social Media dijadikan Media Sosial. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut? Sekian terima kasih.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Saudara juga boleh mendapatkan hebahan terkini dalam laman sosial kami, iaitu melalui Facebook dan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah11.01.2019
Apa perbedaan antara -i dan -kan seperti pada kata-kata 1. membasahi dan membasahkan 2. mengotori dan mengotorkan 3. memanasi dan memanaskan Mohon berikan penjelasan. Terima kasih.

Dari segi fungsi, kedua-duanya membentuk kata kerja transitif, oleh itu memerlukan objek. Walau bagaimanapun, dari segi makna, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

1.      Persamaannya ialah kedua-duanya akhiran ini membawa maksud “kausatif”. Contoh:

A. Besarkan – menyebabkan sesuatu menjadi besar

B. Tinggikan – menyebabkan sesuatu menjadi tinggi

 

2.      Perbezaannya ialah akhiran -kan mengandungi unsur “benefaktif”, manakala akhiran -i mengandungi unsur tempat atau “lokatif”. Contoh:

A.      Belikan – membeli untuk orang lain

B.      Naiki – naik ke suatu tempat

Tatabahasa17.02.2020
12345678910...

Kembali ke atas