Assalamualaikum.... Saya ada dua pertanyaan: 1. Perkataan MANTAN dalam Kamus Dewan diperikan sebagai pernah memegang jawatan suatu masa dahulu. Benarkah makna asalnya ialah Mundar-Mandir Tanpa Jawatan? 2. Ramai yang menggunakan perkataan SADO untuk merujuk lelaki yang sasa. Adakah perkataan SADO dibentuk secara akronim? Jika benar, apa rangkai katan asalnya? Terima kasih | Tidak ada asal kata mantan dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan perkataan "sado" tidak ditemukan sebarang maklumat tentang kata tersebut, Antara kedua-dua kata tersebut, kata "mantan" banyak digunakan dalam konteks rasmi, manakala kata "sado" hanya digunakan dalam bahasa percakapan. | Istilah | 13.08.2015 |
penggunaan kata di dan ke | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu katan yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266. | Tatabahasa | 06.05.2009 |
Perbezaan Kata sendi "di" dan "ke". 1. Menanam sayur di dalam pasu bunga. 2. Menyimpan wang di dalam bank. 3. Bercuti di kampung. | Merujuk data kami kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu katan yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kesemua contoh yang diberikan betul kecuali 2. Menyimpan wang di bank. | Lain-lain | 03.06.2017 |