Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif? | Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan condong (italic). Perlukah diitalikkan untuk pernyataan dari orang terdahulu / buku lain. Contoh: 1) ...daripada Abdullah r.a. katanya: Turun ayat 2-3 surah at-Talaq... 2)Rasullah bersabda: Makanlah... 3) Menurut al-azdi dan al-Daraqutni: Beliau seorang yang ditinggalkan hadisnya. 4)...seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: Hadis ini adalah hadis sahih isnadnya... Bolehkah saya italikkan semua ayat selepas titik bertindih untuk keempat-empat contoh di atas? Contoh lain: ...Muqadimah Sahih: Muhammad bin Abdullah memberitahu kepada saya daripada penduduk Meru, katanya: Saya mendengar Abdan bin Uthman berkata; Saya mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; Isnad itu... (untuk contoh ayat dia atas, bolehkah saya italikkan ayat bermula dari 'Muhammad bin Abdullah hingga keseluruhan ayat seterusnya? Saya keliru kerana dalam satu dialog terdapat riwayat dari beberapa perawi - katanya,katanya etc) Harap pihak DBP dapat menjelaskan kekeliruan tersebut. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu diitalikkan petikan tersebut, kecuali petikan daripada bahasa asing. Contohnya: Pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be. | Tatabahasa | 29.12.2014 |
Berdasarkan tutur katanya, terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi. Ayat ini ayat songsang. Soalan : 1. Tolong tukar ayat ini menjadi ayat biasa. 2. Apakah subjek dan predikat ayat ini? Terima kasih. | Ayat biasa: Terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi berdasarkan tutur katanya . Subjek: Terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi Predikat: berdasarkan tutur katanya | Tatabahasa | 18.05.2016 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |
"Selalunya begitulah, sebab musim hujankan," katanya. Perkataan 'hujankan' itu dekat atau jauh? | Ejaan yang betul ialah "Selalunya begitulah, sebab musim hujan, kan," . | Ejaan | 11.01.2014 |
Perkataan mengantuk sering silap digolongkan kelas katanya.Apakah kelas kata sebenar bagi perkataan mengantuk. Jika kantuk adalah kata nama, adakahmengantuk jadi kata kerja? | Uniknya bahasa Melayu kerana kelas kata boleh berubah mengikut konteks ayat. Kelas kata mengantuk ditentukan melalui konteks penggunaan seperti yang berikut: (1) Ali berasa amat mengantuk. (mengantuk = kata adjektif) (2) Walaupun baru pukul 8.00 malam, Ali sudah mengantuk. (mengantuk = kata kerja). | Tatabahasa | 07.09.2018 |
Bagaimana mencerakinkan perkataan ini mengikut suku katanya? a. makanan b. perbualan c. biola terima kasih. | Perkataan yang berikut dipisahkan seperti yang berikut: ma.kan.an dan per.bu.al.an. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Kenapa saya tidak dapat menghantar soalan kerana katanya "lebih 100 perkataan" padahal belum? | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja. Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2024 |
Apakah golongan kata bagi perkataan ' pemarah'? | Golongan katanya ialah kata nama am. | Tatabahasa | 12.04.2009 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |