Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.te.ring] | کاتريڠ

Definisi : perkhidmatan penyediaan makanan, penyajian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.te.ring] | کاتريڠ

Definisi : perkhidmatan menyediakan atau menyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katering


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERKHIDMATAN KATERING CATERING SOLUTIONS SDN BHD (1008382-P)Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain13.09.2012
buku teknologi katering dikeluarkan lagi atau tidak???

Saudara Nursyuhadah,

Buat masa ini buku tersebut tidak diterbitkan lagi.

Lain-lain12.02.2010
Saya ingin meminta pendapat tuan/puan berkenaan ejaan papantanda untuk restoran saya. Sila rujuk fail yang disertakan bersama.1. Sila tukar kepada RESTORAN DAN KATERING. Letak perkataan "KATERING" di atas.
2. Tukar "Wedding and Event Management" kepada
Pengurusan Perkahwinan dan Acara
3. Letak tanda titik selepas Tel: (Tel.: )
4. Tukar "Fax:" kepada Faks:
Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, pilih menu e-Perkhidmatan dan klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat nasihat DBP). Sila daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kod pengaktifan.
Lain-lain10.06.2013
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan " IKHWAN RESTORAN & KATERING ". apakah betul dari segi susunan bahasanya?. Kerana ia akan digunakan untuk papan tanda sebuah restoran?Penggunaan yang betul ialah "RESTORAN DAN KATERING IKHWAN"Tatabahasa22.10.2013
Assalamualaikum, mohon pandangan tentang padanan istilah 'live station' dalam bidang katering. 'live station' ialah stesen dengan tukang masak yang turut disediakan dalam hidangan secara bufet. Jika di hotel-hotel di Malaysia, kebiasaannya stesen ini adalah untuk memasak telur dadar. Adakah istilah ini sesuai diterjemahkan sebagai 'stesen memasak' atau 'stesen tukang masak' atau terdapat istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih.Cadangan kami ialah Kaunter Makanan Panas.Lain-lain26.04.2018
Adakah perkataan agro secara am nya boleh digunakan untuk perkhidmatan penyediaan makanan? Contoh: Nama syarikat yg menggunakan perkataan agro boleh menyenaraikan perkhidmatan penyediaan makan seperti katering? Nana syarikat : SHAZIE AGRO TRADING Adakah mama syarikat ini tidak boleh digunakan untuk tujuan penyediaan makanan seperti agromakanan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "agro" ialah awalan asing yang berkaitan pertanian, tanah atau ladang  seperti perniagaan  memproses dan membekalkan produk  pertanian, penternakan, pelancongan berasaskan pertanian dan sebagainya. Cadangan nama perniagaan yang sesuai untuk penyediaan makanan contohnya, SHAZIE KATERING SDN. BHD.

 

Lain-lain21.07.2020
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING.Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti.Lain-lain19.05.2011
Saya mempunyai beberapa pertanyaan. 1. Selepas penggunaan perkataan menghadap - adakah perlu letak kata sendi 'ke' 2. Self catering: layan diri atau katering sendiri? 3. Adakah Affordable itu berpatutan atau mampu inap (dalam konteks hotel) 4. Mana yang betul, "dilengkapi dengan" atau "dilengkap dengan" Sekian terima kasih.1. Dalam Kamus Pelajar, menghadap bermaksud 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dengan panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dalam surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yang dikasihi. Berdasarkan takrifan tersebut, kata sendi nama ke perlu diletakkan atau tidak berdasarkam konteks ayat.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self catering ialah makan sendiri.

3. Padanan yang sesuai ialah berpatutan.

4. dilengkapi dengan...
Tatabahasa02.10.2014
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kami dengan perkataan "CENTRAL PRODUCTION UNIT" dimana kami menyediakan perkhidmatan makanan bermasak secara berpusat. Bolehkan kami tuliskan "Pusat Penyediaan Makanan (Katering)" sebagai tanda nama dalam bahasa malaysia. Mohon pandangan. Apakah prosidur yang perlu dibuat oleh pihak saya untuk mendaftarkan iklan tersebut kepada pihak Dewan Bahasa sebelum pendaftaran diserahkan kepada pihak DBKL. Terima kasih.Keterangan "Pusat Penyediaan Makanan" boleh digunakan pada papan premis tuan. Untuk membuat pengesahan bahasa dalam iklan, sila layari portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Penyemakan dan penterjemahan24.06.2016
saya ingin meminta kepastian untuk cadangan ejaan papan tanda berikut
Salam sejahtera,

1. Sekiranya ini merupakan papan iklan utama, sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN DAN KATERING.

2. SDN. BHD. (letakkan titik pada singkatan perkataan).

Sekian, terima kasih.
Pengembangan18.12.2019

Kembali ke atas