Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ditutup (tertutup) rapat-rapat; 2. se­suatu yg digunakan utk menutup, tutup, tu­tupan; berkatup (telah, sudah) ditutup: pintu pejabat itu sudah ~; mengatup menutup (pintu, mulut, dll): ia naik ke rumahnya dan ~ pintu; mengatupkan, memperkatupkan menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan, mera­patkan: budak-budak yg lalu di jalan itu disuruhnya tangkap, dimasukkan ke dlm pagar dan dikatupkan pintunya; terkatup tertutup rapat-rapat (bkn pintu dll), terkancing (mulut): ia berdiri tegak bertentang dgn muka pintu yg ~ rapat itu; katupan tutupan (pintu dll): terdengar akan langkah terakhir dan disusuli oleh ~ pintu; pengatup sesuatu utk mengatup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
katup (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tutup: kunci, tangkup, kancing, ketap, rapatkan, taut ketam, kapit, lekat, ketap, klip,
Berantonim dengan buka

2. Dalam konteks mulut
bersinonim dengan kejang, kancing,
Berantonim dengan buka

Kata Terbitan : mengatup, pengatup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan yang sesuai digunakan untuk menerangkan maksud "stud" pada kasut bola sepakPadanan istilah stud dalam bahasa Melayu ialah butang katup, walau bagaimanapun terdapat banyak frasa lain yang berkaitan dengan stud seperti stud welding padanannya kimpalan stad dan T stud machine padanannya mesin stad T.Istilah20.05.2010

Kembali ke atas