Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul? | Penggunaan tanda petik (" ")yang betul ialah: a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu. b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?" c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru. Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul. | Tatabahasa | 20.09.2013 |
Mohon penjelasan: Dalam BM, apakah penggunaan tanda baca yang betul dalam tulisan berikut: Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah." ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, 'Kau harus bekerja di sawah.'" ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata: Kau harus bekerja di sawah." | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah." | Ejaan | 14.02.2012 |
selamat petang, Saya keliru bagaimana untuk menggunakan tanda baca pada ayat seperti berikut. Kata-kata Nisha mengusikku terngiang-ngiang dalam minda. "Entah-entah memang dia jodoh kau." Adakah betul ia ditulis begitu. Jika tidak, bagaimana cara yang betul tanda baca digunakan. | Kata-kata Nisha mengusikku terngiang-ngiang dalam minda. 'Entah-entah memang dia jodoh kau'. | Tatabahasa | 25.02.2015 |
Salam sejahtera, Saya mempunyai kemusykilan mengenai tanda baca bagi ayat di bawah. Perempuan tua itu memberi gadis itu sebuah periuk. "Periuk ini akan memasak bubur yang sangat sedap," katanya. "Kau cuma perlu berkata, 'Masaklah, wahai periuk, masaklah!'" Adakah tanda seru (!) berada sebelum atau selepas tanda (')? Terima kasih. | Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Tanda seru berada sebelum tanda petik ( " ). | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Saya ingin bertanya, di dalam penulisan novel, saya mahu menunjukkan dialog tergantung, dengan emosi marah seperti: "KAU—" Adakah ini penggunaan yang yang tepat? | Dalam penulisan dialog dalam novel, tidak ada tanda baca atau format standard yang digunakan untuk dialog yang tergantung bagi menggambarkan emosi marah atau sebagainya. Walau bagaimanapun, berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, salah satu daripada fungsi tanda pisah (–) adalah untuk menunjukkan aliran fikiran penulis atau pembicara yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah atau berubah-ubah. | Karya | 17.09.2022 |
Maaf, kerana masih tidak berapa faham tentang jawapan yang diberikan. Adakah contoh yang diberi, iaitu 'kaubacalah buku ini' merupakan ayat pasif atau ayat aktif? Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja pasif? Jika pergabungan 'kau' dan 'ku' di hadapan perkataan hanya dibenarkan dalam kata kerja pasif, adakah contoh-contoh berkenaan betul? Kaudatang dari mana? Masa kaukeluar, kau gembira dan tersenyum saja, tapi balik dalam keadaan begini! Kuberitahu dia. Kenapa kaubiarkan dia sendiri ke sana? Berkenaan dengan soalan tentang penggunaan tanda baca soal dan tanda seru, adakah kedua-duanya boleh digunakan sekali? Hal ini kerana penggunaannya seperti contoh (“Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan.) kerap kali dijumpai dalam cerpen dan artikel Melayu. (penggunaan tentang tanda baca tidak dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.) Soalan ketiga, iaitu adakah 'disebabkan' perlu diikuti dengan 'oleh'? (tidak diberikan definisi dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga). Yang dijelaskan, hanyalah tentang penggunaan 'oleh sebab'. Terima kasih. | Sila susun soalan yang hendak dikemukakan supaya dapat dijawab satu per satu, terutama masalah yang ingin dibincangkan. Kebanyakan contoh ayat yang diberikan ialah ayat dalam novel yang merupakan cakap ajuk. Buku Tatabahasa Dewan hanyalah salah satu daripada rujukan buku tatabahasa, saudara perlu merujuk buku-buku tatabahasa yang lain atau pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Soalan : Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap." Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) Soalan : Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 | Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. "Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika." "Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?" Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel. | Ejaan | 31.01.2012 |
Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) b) Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 Berdasarkan jawapan pada 24 November 2011, selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. Jawapan 27 Januari 2012 tidak selari dengan kenyataan pada 24 November 2011. | Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. "Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika." "Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?" Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel. | Ejaan | 31.01.2012 |