Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul? | Penggunaan tanda petik (" ")yang betul ialah: a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu. b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?" c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru. Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul. | Tatabahasa | 20.09.2013 |
Apakah terjemahan bagi ayat ini? "Kau kena beli 'baby carrier' sekali. Senang nak bawa anak kau kat mana-mana nanti." | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi baby carrier ialah "pembawa bayi" atau "penggendong bayi" mengikut kesesuaian konsep alat yang digunakan. | Makna | 09.07.2022 |
Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah Tuhan | Waalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my. Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2013 |