Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
Raja Shafril Mizan SAT 07:41 Saya ingin tahu kegunaan perkataan "kau" dalam ayat. Contohnya: Hutang itu sudah kau bayar ? Atau Hutang itu sudah kaubayar? Perkataan "kau" perlu di satukan atau dijarakan? Mohon penjelasan Sekian Terima KasihKata ganti nama kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan anda ialah kaubayar.Tatabahasa15.04.2017
Saya inginkan kepastian. Di antara "kau tulis" dengan "kautulis", yang manakah yang betul? "Kau" adalah kependekan bagi perkataan "engkau", sama juga "ku" kependekan bagi perkataan "aku". Mohon pencerahan. Terima kasih...Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya:  kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku danlain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.Tatabahasa18.12.2017
Bagi penulisan dialog dalam sesebuah artikel, perlukah perkataan yang diringkaskan seperti "kau", "tak", "kan" diitalikkan? Terima kasih.Untuk makluman, kependekan seperti kau, tak, kan dan sebagainya tidak perlu diitalikkan.Karya26.10.2016
Penggunaan kata nama singaktan Kau Adakah KT tersebut perlu digabungkan? Contoh; Ibu belikan kaukereta. Jikga perlu digabungkan, adakah digabungkan dengan semua perkataan yang menyertainya ataupun tidak? Saya lihat banyak contoh kata ganti nama ini dipisahkan. Terima kasih.kau dan ku mestilah digabungkan satu perkataan.Tatabahasa12.09.2007
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai perkataan kau, mu dan ku. Adakah perkataan 'kau' boleh disambung bersama kata kerja dibelakang atau di depannya seperti kaumakan dan pergikau? Bagi 'mu' dan 'ku' pula, bolehkan ia bersambung bersama perkataan selepas atau sebelumnya sebagai contoh, kumilikmu? Bagaimana pula dengan kuberikankau? Terima kasih, Wassalam.W'salam
Unsur klitik seperti 'mu', 'ku' 'kau'  tidak boleh berdiri sendiri, perlu digandingkan dengan perkataan di hadapan atau di belakangnya. Sekian, terima kasih.
Tatabahasa16.06.2016
Selamat petang, Betulkah ejaan yang berpangkalkan 'kau' perlu dieja rapat dengan perkataan selepasnya? Contohnya: kauharungi, kauhadapi, kaumengutuk, kaumenerimanya, kauambil Terima kasih.Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Tatabahasa21.03.2013
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018
tuan, terdapat kesalahan dalam soalan di bawah, 1 jarang benar air yang kau masak ini. 2. mereka melepaskan keletihan selepas senaman. terima kasih atas panduan tuan

1. Jarang benar air yang kau masak ini. - ayat ini memang salah kerana jarang bermaksud tidak rapat atau renggang

2. Mereka melepaskan keletihan selepas senaman. - ayat ini kurang tepat tetapi boleh diperbetulkan menjadi 'Mereka melepaskan keletihan selepas bersenam.'

Tatabahasa29.03.2011
maksud perkataan cakna, pewaris

Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

 

Makna26.04.2009
1234

Kembali ke atas