Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kaun.se.ling] | کاءونسليڠ

Definisi : proses teratur yg melibatkan per­bincangan yg rapi tentang masalah yg diha­dapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat; mengkaunseling memberikan kaunseling kpd: kaunselor sekolah itu gagal ~ pelajar yg bermasalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kaun.se.ling] | کاءونسليڠ

Definisi : proses teratur yg melibatkan perbincangan yg rapi ttg masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha utk mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. mengkaunseling memberikan kaunseling kpd: Pihak sekolah gagal ~ pelajar yg bermasalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaunseling (kata nama)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bimbingan, pimpinan, nasihat, ajaran, petunjuk, usul, tunjuk ajar, peringatan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa definisi kaunseling dalam PRPM DBP adalah tidak tepat dan mengelirukan. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kaunseling Sehubungan itu, dikemukakan definisi berikut untuk perhatian; Kaunseling bererti "suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998)." chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://warga.nres.gov.my/sites/epsikologi/Documents/Pekeliling/Akta%20Kaunselor%201998.pdf Menurut APA (2018), kaunseling bermaksud bantuan yang profesional bagi menangani permasalahan peribadi, yang merangkumi emosi, tingkah laku, vokasional, perkahwinan, pendidikan, rehabilitasi dan permasalahan berkaitan dengan peringkat kehidupan. https://dictionary.apa.org/counseling Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.
Tuan, terima kasih atas pandangan tuan.
Untuk makluman tuan, takrifan kaunseling dalam PRPM (kamus) ialah takrifan secara umum sahaja. 
Walau bagaimanapun, kami mengambil perhatian terhadap pandangan tuan dan akan menyesuaikan takrifan kaunseling yang tuan cadangkan dengan takrifan yang sedia ada untuk kamus edisi yang akan datang.
Makna30.06.2025
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.

1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 

2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING"

Tatabahasa18.07.2011
salam, perkataan "pegawai kaunseling keluarga, JAIJ" dan "ketua pengarah bahagian pendakwaan JAIJ' adakah perlu dieja dengan huruf besar?Ejaan yang betul ialah Pegawai Kaunseling Keluarga JAIJ dan Ketua Pengarah Bahagian Pendakwaan JAIJ.Ejaan01.03.2012
Mana satu ayat yang betul, (1) atau (2)? (1) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. (2) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus daripada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat.Tatabahasa15.08.2018
saya NANDHANA ingin tanya satu soalan.Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling. Apakah kesalahan bahasa dala ayat tersebut?Ayat : Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling akan lebih gramatis jika ditambah penjodoh bilang "orang"  -->  Sepuluh orang pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling.Tatabahasa17.04.2016
1) Apakah kesalahan dalam ayat di bawah? -Cikgu Zafarul akan membincangkan tentang masalah tersebut dengan guru kaunseling.Ayat yang betul ialah "Cikgu Zafarul akan membincangkan masalah tersebut dengan guru kaunseling."

Perkataan "membincangkan" merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai penyambut iaitu perkataan "masalah" sebagai objek.
Tatabahasa17.06.2013
Tolong semak ejaan berikut. 1) BELAJAR DI MALAYSIA 2) Hari Maklumat & Permohonan 3) PERCUMA Kaunseling 4) Biasiswa DISEDIAKAN Terima kasihEjaan yang betul ialah :
1) BELAJAR DI MALAYSIA 2) Hari Maklumat dan Permohonan 3) PERCUMA Kaunseling
4) Biasiswa DISEDIAKAN.
Tokoh08.09.2014
Mohon pihak tuan semak..adakah perkataan ini tepat atau perlu pembetulan. Wafa Counseling & Coaching Training Academy = Akademi Latihan Kaunseling & Coaching WafaKami mencadangkan Wafa Counseling & Coaching Training Academy diterjemahkan kepada Akademi Kaunseling dan Kejuruteraan Wafa.Penyemakan dan penterjemahan11.12.2015
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan cadangan perkataan bagi dua istilah yang perlu digunakan dalam abstrak tesis saya. Pada masa ini terjemahan dua istilah tersebut adalah seperti berikut: 1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence -Kompetensi kendiri kaunseling pelbagai budaya. 2. Observed multicultural counselling competence. - Kompetensi diperhati kaunseling pelbagai budaya. Saya berharap pihak Tuan dapat memberi pandangan atau mungkin cadangan yang lebih bersesuaian bagi kedua-dua istilah ini. Segala jasa baik pihak Tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pelbagai budaya secara anggapan kendiri


2. Observed multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pemerhatian pelbagai budaya
Istilah18.03.2020
Apakah istilah yang tepat yang boleh digunakan untuk perkataan "self compassion" bagi penulisan dalam terma kaunseling dan psikologi. Ada perkataan yang pernah saya jumpa ditulis dengan "belas kasihan kendiri" dan ada juga yang menterjemah kepada "ihsan kendiri". Apa istilah paling tepat dan sesuai untuk terma di dalam kaunseling?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi self compassion ialah belas kasihan diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.05.2025
123

Kembali ke atas