| BOLEHKAH MENGUNAKAN AYAT SAYA MENGUNAKAN AYAT PROMOSI KAW-KAW RAYA UNTUK DIGUNAKAN DI DALAM BUNTING INI | Perkataan “kaw-kaw” merupakan bahasa slanga yang bersifat kolokial, iaitu bahasa percakapan atau bahasa basahan dan tidak ada dalam daftar kata bahasa Melayu baku. Untuk makluman tuan, bahasa percakapan tidak diterima dalam paparan awam, seperti iklan kerana iklan merupakan urusan rasmi, di samping mendidik masyarakat menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Oleh yang demikian, kami mencadangkan agar pihak tuan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam permohonan iklan tuan. Contohnya, PROMOSI HEBAT HARI RAYA! Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila rujuk Panduan Pelanggan. | Tatabahasa | 22.01.2026 |
| Adakah ayat ini betul? Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri. Masalahnya, ayat ini ialah ayat majmuk, jika kita menganalisi ayat ini akan terjadi: (a) Ah Kaw ialah suami isteri. (b) Ah Moi ialah suami isteri. Ayat (a) dan (b) walaupun betul dari segi tatabahasa, tetapi tidak lojik. | Ayat majmuk Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri daripada gabungan dua ayat Ah Kaw suami dan Ah Moi isteri. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
| Tuan, bolehkah "Kaw" digunakan dalam konteks perkataan yang membawa maksud 'pekat'? Terima kasih. | Untuk makluman tidak terdapat perkataan "Kaw" dalam bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan yang tidak rasmi. | Ejaan | 14.02.2012 |
| Cara menyebut Qari? Adakah 1. Kah - ree 2. Kaw - ree 3. Kaur - ee 4. Ka - ri 5. Kua - ree 6. Kuar - ree atau? terima kasih. | Sebutan yang betul ialah qa.ri | Ejaan | 15.10.2020 |
| Hi, saya telah menyemak 'Qari' melalui 'Carian kata'. Keputusannya di bawah: [qa.ri] | قاريء Definisi : pembaca Quran (lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Saya hendak mengenal pasti cara menyebut 'qa'. Adakah ianya 'kah', 'kaw', 'kua', 'ka'? terima kasih. | Sebutan untuk Qari ialah qa.ri (seperti sebutan dalam bahasa Arab). | Lain-lain | 18.10.2020 |