Pelajar yang memberi arahan kawad semasa perhimpunan rasmi Mingguan dikenali sebagai komandan kawad/komander kawad? Atau ada istilah lain? Apa beza komandan dan komander? DBP ada menulis Komander ialah istilah yang digunakan di Malaysia dan komandan digunakan di Indonesia. | komandan pegawai polis atau tentera yang memerintah atau mengetuai sesuatu pasukan atau institusi. ASAL: [daripada Belanda daripada Perancis commandant daripada Latin com- (awalan penegas) + mandare ‘minta, menyuruh’] | komander 1 pegawai tentera yang memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera; 2 pangkat pegawai dalam tentera laut yang lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander; 3 orang yang pangkatnya lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander dalam angkatan tentera laut. ASAL: [daripada Inggeris commander, terdiri daripada command (daripada comanden daripada Anglo Perancis cumander daripada Latin commandare daripada commendare ‘melakukan suruhan’) + akhiran kata nama -er] | Jadi, pelajar yang memberikan arahan kawad, dikenali sebagai komander kawad. | Makna | 24.08.2024 |
Antara perkataan "kawat" dengan "kawad" yang mana sebenarnya betul bagi penggunaan yang merujuk kepada Pertandingan Kawat/Kawad kaki? Kebanyakan orang menggunakan perkataan "kawad" walaupun ada pendapat mengatakan perkataan "kawat" lebih tepat. TQ | Kawad ialah perbariasan. Manakala kawat pula boleh membawa dua maksud, pertama kawat (dawai) dan keduanya kawat (perbarisan). | Makna | 21.11.2014 |
apa perbezaan kawad dan kawat | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.05.2009 |
APAKAH EJAAN TERKINI BAGI ISTILAH PERBARISAN. ADAKAH KAWAT ATAUPUN KAWAD? TERIMA KASIH | Ejaan dan istilah yang betul bagi merujuk perbarisan ialah kawad. | Ejaan | 04.12.2008 |
Apa perbezaan maksud 'kawat' dan 'kawad'? | Puan Azeelia, Maksud 'kawat' ialah i. tali yang dibuat daripada logam ii. berita, manakala 'kawad' bermaksud perbarisan oleh anggota pasukan seragam. | Makna | 16.04.2010 |
Assalamualaikum wbrt. Mohon tanya ejaan yang betul sama ada 'kawat' atau 'kawad' untuk merujuk kepada tentera yang sedang mengadakan perbarisan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah kawad bagi maksud tentera yang sedang melakukan perbarisan, pergerakan kaki dan tangan. | Ejaan | 23.08.2014 |
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasih | Untuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain). Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut. | Ejaan | 06.02.2013 |
Salam sejahtera. Adakah 'berkawad' dan 'berkawat' mempunyai maksud yang sama? Bolehkah saya menggunakan berkawat untuk merujuk kepada perbarisan? Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam seperti tembaga. | Ejaan | 23.06.2014 |
Mengapa unsur lewah dalam bahasa Melayu dianggap satu kesalahan tatabahasa sedangkan kelewahan tertentu amat diperlukan dalam konteks penggunaan ayat. Contohnya: 1. berjalan kaki 2. naik ke atas 3. meningkat naik 4. melambung tinggi 5. jatuh ke bawah 6. kawad kaki | Lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Saya ingin mendapat kepastian. Dalam buku Morfologi karangan Dr. Abdullah Hassan, di bawah tajuk penggetaran menyatakan beR apabila diimbuhkan kepada kerja, kata terbitannya adalah bekerja bukan *berkerja. Alasannya, tidak boleh ada 2 r dalam suku kata berturutan. Atas sebab itu, r dalam beR digugurkan kerana sudah ada r dalam kerja. Hal ini berbeza dengan kata kerja berkahwin, berkawad dll kerana dalam perkataan tersebut tidak ada konsonan r. Oleh sebab itu, kata terbitan kahwin, berkahwin, kata terbitan kawad, berkawad tetapi tidak berkerja. Persoalannya bagaimana pula dengan kejar? adakah kata terbitannya bekejar atau berkejar? kalau mengikut rumus Abdullah Hassan tentu jawapannya bekejar-kejar. namun, apabila disemak dalam dewan eja pro saya dapati tida entri bekejar sebaliknya berkejar. | Awalan ber- akan menerbitakan kata kerja seperti berdiri, berserta dan bermain. Kata bekerja adalah antara bentuk kekecualian yang wujud dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. | Tatabahasa | 28.07.2015 |