Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KAWAL SELIA DALAM BAHASA INGGERIS

Saudara,

Padanan bahasa Inggeris bagi perkataan tersebut ialah regulate.

Istilah09.10.2009
REGULATORYKAWAL SELIAIstilah26.10.2010
Bolehkah perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" diterjemahkan kepada "Ketua Pegawai Regulatori"? Pihak kami menggunakan padanan terjemahan "Kawal Selia" atau "Pengawalseliaan" selama ini untuk perkataan "Regulatory" atau "Regulation".Terjemahan yang sesuai bagi perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" ialah Ketua Pegawai Kawal SeliaMakna03.03.2017
1)tadbir 2)kawal selia1)mentadbir 2)mengawal selia/pengawalseliaanIstilah19.01.2011
CONTROLLERALAT KAWALIstilah14.01.2011
Salam, Saya ingin bertanya bagaimana untuk alih bahasa bagi nama bahagian kami ke bahasa inggeris dengan betul dan tepat. BAHAGIAN KAWAL SELIA RADIASI PERUBATAN. Terima kasihDBP tidak mempunyai khidmat terjemahan kepada bahasa Inggeris dan tidak boleh memberikan pengesahan untuk bahasa Inggeris. DBP hanya boleh membantu memberikan padanan istilah bahasa Inggeris untuk perkataan yang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.

bahagian - division/section
kawal selia - regulatory
radiasi - radiation 
perubatan - medical
 
Penyemakan dan penterjemahan13.08.2016
Postal Regulatory IssueIsu kawal selia posLain-lain06.02.2007
Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih.Alaikumussalam.
Ejaan yang tepat ialah "sayidina"

Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan.

Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat;
Ejaan11.11.2014
Huruf PKTS akan digugurkan apabila bertemu dengan imbuhan peN.... Contoh: sapu> penyapu, pakai> pemakai, tarik> penarik, kawal> pengawal. Mengapa hal ini tidak berlaku pada perkataan pentadbir, pentafsir, penterjemahan adakah kerana perkataan tersebut kata pinjaman? terima kasihAwalan huruf pkts tidak akan gugur apabila menerima imbuhan bagi kata pinjaman bertujuan mempertahankan etimologi kata asalnya.Tatabahasa26.04.2012
Ingn tahu peranan DBP untuk mengatasi penggunaan bahasa SMS yang kian berluasa penggunaannya dikalangan masyarakat. Bagimanakah seandainya penggunaan bahasa SMS tidak dapat di kawal.

Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS)  merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP telah mengusahakan buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan  khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi.  Sdr. boleh membuat rujukan Panduan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahasa Melayu di laman web ini http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf.

Selain itu juga, bagi membantu sdr. menyelesaikan persoalan ini, sdr. bolehlah mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan  terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut. 

Lain-lain13.07.2010
12

Kembali ke atas