| Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?) | 1. Selepas tanda seru perlu huruf besar. 2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil. | Lain-lain | 11.06.2021 |
| Saya Zahira, bekerja di Pusat Penyelidikan di Universiti Malaya. Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak DBP berkenaan pengunaan perkataan Ku atau ku. Adakah K huruf besar hanya merujuk kepada Allah? Sekiranya kami ingin menggunakan perkataan ku di dalam tajuk penerbitan kami, sebagai contoh: Belanjawanku; Kawanku; Anakku, adakah K di dalam perkataan ku harus digunakan sebagai huruf besar atau huruf kecil? Pencerahan daripada pihak tuan amatlah dihargai. | Perkataan “Ku” yang merujuk kepada Allah perlu dieja menggunakan huruf besar contohnya “Wahai hamba-hamba-Ku”. Perkataan “ku” yang merujuk kepada manusia perlu dieja dengan huruf kecil dan rapat contohnya “Belanjawanku”, “Anakku”. | Lain-lain | 08.07.2022 |