Yang manakah adalah betul ? 1. Penny dan kawannya menduduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 3. Penny dan kawannya berbual-bual dengan mesra sambil menduduk di atas kerusi. | 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra | Tatabahasa | 02.03.2019 |
Assalamaulaikum, a. Ahmad bermain sepak takraw bersama kawan-kawannya b. Ahmad bermain sepak takraw bersama-sama kawannya. c. Ahmad bermain sepak takraw bersama-sama kawan-kawannya Antara tiga ayat di atas, manakah yang tepat dari segi tatabahasa? | Tuan, ayat yang tepat dari segi tatabahasanya ialah Ahmad bermain sepak takraw bersama kawan-kawannya. | Tatabahasa | 16.09.2011 |
1.Mila ( dan / tetapi ) Shanti ke majlis hari jadi kawannya. 2. Mila ( dan / tetapi ) Shanti pergi ke majlis hari jadi kawannya. Soalan : Ayat mana yang lebih seeuai? | Ayat yang betul ialah Mila dan Shanti pergi ke majlis hari jadi kawannya. | Lain-lain | 28.11.2020 |
Selamat petang. Ayat berikut yang manakah betul? a. Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya menggunalan kamera sebagai kenangan manis. b. Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya sebagai kenangan manis menggunalan kamera. | Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya menggunakan kamera sebagai kenangan manis.
| Tatabahasa | 02.07.2016 |
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQ | Luntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut. | Makna | 07.02.2012 |
Ali dengan dua orang kawannya pergi ke bandar.apakah kesalahan dalam ayat ini? Adakah penggunaaan 'dua orang kawannya' betul | Tiada kesalahan dalam ayat tersebut, namun perkataan "dengan" boleh diganti dengan "bersama-sama" supaya ayat lebih gramatis. | Lain-lain | 06.09.2015 |
Dia menunggu kawannya dari pukul 9.00 pagi hingga ke 2 petang. | Yang betul ialah "Dia menunggu kawannya dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Sendi nama "hingga" sudah memadai dan tidak perlu ditambah dengan "ke", ini menjadikannya lewah. Penggunaan sendi nama "ke" lebih sesuai menunjukkan arah. | Tatabahasa | 04.04.2009 |
Saya nak tanya antara ayat berikut yang mana lebih tepat. 1. "Wah, sungguh nian sejuk air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. 2. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Ayat (1.) adalah salah. Ayat yang betul ialah 1. "Wah, sungguh sejuk nian air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. Ayat (2.) adalah betul. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
saya ada kemuskilan mengenai penggunaan perkataan nya. adakah penggunaan kawan-kawannya itu salah? | Penggunaan -nya dalam perkataan kawan-kawannya adalah betul. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya? | Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya. | Tatabahasa | 21.03.2012 |