Antara perkataan "kawat" dengan "kawad" yang mana sebenarnya betul bagi penggunaan yang merujuk kepada Pertandingan Kawat/Kawad kaki? Kebanyakan orang menggunakan perkataan "kawad" walaupun ada pendapat mengatakan perkataan "kawat" lebih tepat. TQ | Kawad ialah perbariasan. Manakala kawat pula boleh membawa dua maksud, pertama kawat (dawai) dan keduanya kawat (perbarisan). | Makna | 21.11.2014 |
Apa perbezaan maksud 'kawat' dan 'kawad'? | Puan Azeelia, Maksud 'kawat' ialah i. tali yang dibuat daripada logam ii. berita, manakala 'kawad' bermaksud perbarisan oleh anggota pasukan seragam. | Makna | 16.04.2010 |
apa perbezaan kawad dan kawat | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.05.2009 |
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasih | Untuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain). Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut. | Ejaan | 06.02.2013 |
Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung.... | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku? | Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu. | Lain-lain | 24.03.2008 |
APAKAH EJAAN TERKINI BAGI ISTILAH PERBARISAN. ADAKAH KAWAT ATAUPUN KAWAD? TERIMA KASIH | Ejaan dan istilah yang betul bagi merujuk perbarisan ialah kawad. | Ejaan | 04.12.2008 |
Assalamualaikum wbrt. Mohon tanya ejaan yang betul sama ada 'kawat' atau 'kawad' untuk merujuk kepada tentera yang sedang mengadakan perbarisan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah kawad bagi maksud tentera yang sedang melakukan perbarisan, pergerakan kaki dan tangan. | Ejaan | 23.08.2014 |
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding. | Saudara, Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. Daripada makna di atas, kata menyangkut digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
Bagaimana cara mengakses bahan OPAC | Saudara boleh melayari Laman web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ) untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 21.04.2010 |