| apa makna hemat | Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum. | Makna | 07.01.2008 |
| Bolehkan menggunakan tanda baca ini (') jika seseorang itu bercakap dalam hati? 'Apakah yang patut aku lakukan sekarang?' fikir Hisham. | Tiada maklumat dalam data kami. Walau bagaimanapun menurut Gaya Dewan Edisi Ketiga tanda petik tunggal ('') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim. | Lain-lain | 03.11.2015 |
| Adalah dengan rendah hati kami memohon jasa baik dan khidmat nasihat daripada pihak Tuan untuk memberikan maklumat bagi maksud peribahasa atau kiasan berikut:- "Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.". | Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (halaman 164), ada peribahasa yang berbunyi Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung yang bermaksud, keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya, manakala Disergah biawak digadai reban merupakan kiasan yang harus ditafsirkan berdasarkan maksud penulis atau penuturnya. Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema. | Sastera | 17.02.2025 |
| Biarlah orang berhari raya, Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan. Dalam buku “Khazanah Pantun Melayu Riau” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 2016) bawah kategori “Petalangan” muka surat 653, perkataan *redanya diguna dalam pantun tersebut tapi tiada kemasukan dalam Kamus Dewan IV. Bolehkah perkataan ini digunakan, dan adakah ejaannya *redanya atau reda-Nya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan reda bermaksud bersedia dengan ikhlas hati (untuk membuat sesuatu), rela. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan dengan ejaan yang betul ialah reda-Nya jika ayat merujuk kepada Allah. | Ejaan | 25.05.2023 |
| Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, adakah penulisan monolog (disuarakan) dan monolog (dalaman/kata dalam hati), kedua-duanya menggunakan tanda petik tunggal? Terima kasih | Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya: - “Amboi, sejak menjadi ‘orang kaya baharu’, batang hidungnya pun tak nampak!” sindir Hisyam.
Walau bagaimanapun, dalam penulisan Sastera Moden, seperti Cerpen dan Novel, monolog dalaman watak dicetak dengan huruf condong (italik) atau menggunakan kata petik tunggal (‘ ’) dan hurufnya tidak condong. Contohnya: - Ah! Biarkan! Itu masalah Puteri Raden Adraini. Perusahaanku sudah cukup untuk memenuhi pemikiranku. Aku tidak perlu menambahkan lagi beban pada otakku ini. – Monolog yang dicetak dengan huruf condong; atau
- ‘Ah! Biarkan! Itu masalah Puteri Raden Adraini. Perusahaanku sudah cukup untuk memenuhi pemikiranku. Aku tidak perlu menambahkan lagi beban pada otakku ini.’ – Monolog yang dicetak dengan menggunakan tanda petik tunggal.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 197. | Tatabahasa | 18.02.2025 |
| tanda ' dalam bahasa Melayu disebut sebagai apa dan untuk apa? Terima kasih | Dalam bahasa Melayu, tanda ‘ disebut sebagai tanda petik tunggal. Tanda ini digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya, “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baharu’, batang hidungnya pun tak nampak,” sindir Hashim. Dalam penulisan teks sastera, tanda petik tunggal ini menunjukkan kata-kata dalam hati atau bisikan hati. Contohnya, ‘Mesti ibu gembira dengan pemberianku ini,’ bisik hati Ayu sebaik-baik sahaja memberikan hadiah ulang tahun kelahiran kepada ibunya. Tanda petik “ ” pula digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut: (a) Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contohnya, “Bila sampai?” tanya Husin. Bagi bahan petikan yang lebih daripada satu para dan petikan itu bersambung, tanda buka petikan ditulis pada permulaan ayat para pertama dan tanda tutup petikan pada akhir ayat para akhir. (b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contohnya, Sajak “Dewi Malam”, karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi. (c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contohnya, Amin sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini. | Ejaan | 16.02.2014 |
| Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan. | Lain-lain | 26.05.2018 |
| apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud? | Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Lain-lain | 09.05.2012 |
| Salam sejahtera kepada Tuan/Puan,Saya hendak bertanyakan soalan tentang kesalahan bahasa dalam ayat yang diberikan di bawah.Terima kasih Mereka mampu meninggi diri danmenunjukkan sikap dan sifat yang negatif.Sikap yang positif akan berinteraksi dengan konndusif apabila berkomunikasi dengan orang lain atau orang yang dekati kita.Hal ini secara tidak langsung akanmeninggalkan kesan seorang yang kaya gemar akan menunjukkan kemewahan diri untuk membiarkan mereka menaruh rasa iri hhati.Ketinggian orang tidak sanggup berganding bahu dengan jiran tetangga kita akibat perhubungan mereka menjadi teruk makin kronik.Sikap yang positif akan menunjukkan teladan baik kepada mereka seperti tahu akan mengambil kira orang lain,bersikap perasaan tidak berpuas hati terhadap orang lain.Malahan sikap yang negatif tidak mengambil kisah hidup orang lain walaupun orang itu ialah orang kemiskinan.Mereka tidak mempunyai hati kasih sayang,keprihatinan,bertolak ansur,berakhlak mulia,berhemah tinggi,saling menghormati dan lain-lain.Fikirlah,kalau kita bersikap begitu akan menyedihkan oranhg lain.Orang yang mementingkan diri akan menghadapi seribu dugaan dan kalangan dalam kkehidupan masyarakat. | Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah: 1. Dari segi tatabahasa 2. Tanda baca 3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat 4. Kesalahan ejaan 5. Pemilihan perkataan yang tidak betul 6. Perkataan yang tidak mempunyai jarak Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan: Mereka yang meninggi diri ialah mereka yang mempunyai sikap dan sifat negatif. Mereka gemar menunjuk kemewahan diri sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Mereka juga tidak mahu berganding bahu dengan jiran tetangga sehingga menyebabkan perhubungan baik tidak dapat dijalin. Selain itu, orang yang bersikap negatif tidak akan mengambil kisah akan hidup orang lain walaupun orang tersebut memerlukan bantuan. Mereka tidak mempunyai rasa kasih sayang dan hormat, keprihatinan, sikap tolak ansur dan berhemah dan juga akhlak mulia. Hal ini berbeza dengan orang yang bersikap positif kerana orang yang bersikap positif akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berhemah. Sikap yang positif ini akan memberikan teladan yang baik kepada orang lain. Kesimpulannya, sikap negatif perlu dielakkan kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam diri dan dalam kalangan masyaraat. | Tatabahasa | 08.07.2021 |
| perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |