Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kayu pemukul bola (dlm permainan hoki) yg bengkok di satu hujungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu hoki


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lampiran
Salam sejahtera,

Penggunaan menimbang dalam konteks permainan sepak takraw adalah lebih tepat. Perkataan menimbang dalam Kamus Dewan Perdana terbitan DBP pada tahun 2020 ditakrifkan sebagai "melambung-lambungkan bola dgn kaki, kepala atau kayu sebelum menghantarnya kepada pemain lain, ke jaring dan sebagainya, misalnya dalam permainan sepak takraw, bola sepak dan hoki." Perkataan menimang juga telah mengalami peluasan makna dari segi penggunaan kaki selain tangan untuk melambung-lambungkan bola.


Makna23.12.2024
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih.

Encik Syamsuri,

Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek  bermaksud : 

 (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan.

 Makna perkataan gelecek ialah :

  • (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
  • tergelecek

    tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.

 

 

 

Makna02.02.2010

Kembali ke atas