Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kbsm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tanya buku teks sejarah kbsm yang disemak semula bila akan terbit?Untuk makluman, DBP tidak dipertanggungjawabkan untuk menyemak semula buku teks Sejarah KBSM. Mohon tuan berhubung terus dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Buku Teks), Putrajaya.Lain-lain02.04.2012
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita?Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat  bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum.Tatabahasa27.12.2016
Menurut jawapan Tuan: Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Soalan saya seterusnya ialah: 1. Ibu memberi Ali ikan. (betul) 2. Ibu memberikan ikan (objek bernyawa) kepada Ali (objek bernyawa). (betul atau salah?)Berdasarkan makna Kamus Pelajar, memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada dan sesuatu bermaksud hal atau barang. Ikan bukanlah sesuatu atau barang, maka ayat tersebut tidak gramatis. Tatabahasa24.03.2015
saya nak dpt kan,sinopsis novel antologi tesk kesusasteraan melayu moden kbsm yg bertajuk madu ilmu.di bahagian drama yg bertajuk lima perwira,karya kala dewata

Sinopsis bagi drama yang berkenaan terdapat pada halaman 167 buku teks Madu Ilmu. Sila rujuk buku tersebut.

Lain-lain12.05.2010
saya mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan memberi dan memberikanKamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan maksud dan contoh penggunaan kedua-dua kata tersebut, iaitu:
(i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.
(ii) Memberikan-  menyerahkan sesuatu kepada. Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.
Tatabahasa27.07.2015
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul.Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Tatabahasa29.04.2012
bagaimanakah menghasilkan karangan yang berkualiti?Sila rujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004Lain-lain29.07.2007
Tuan DBP, adakah wujudnya cerita (predikat) yang berbentuk klausa? Klausa sebegini dinamai klausa predikat oleh Tuan Asraf di dalam buku beliau Petunjuk Bahasa Melayu KBSM (1989) pada halaman ke-210. Contoh ayat yang bercerita klausa: Pelita itu sudah dikecilkan apinya. Benda (subjek) frasa nama "pelita itu" dan cerita "sudah dikecilkan apinya". Cerita berbentuk klausa kerana mempunyai benda "apinya" dan cerita "sudah dikecilkan". Keterangan tentang cerita klausa tidak ada di dalam Tatabahasa Dewan, tetapi bolehkah kita kira bahawa cerita klausa tidak wujud di dalam nahu bahasa Melayu? Keterangan Tuan Asraf waras pada saya. Pohon tuan meneliti ayat-ayat contoh yang saya berikan dalam WordPad, adakah cerita-cerita di dalam ayat contoh WordPad berbentuk klausa?Tuan, soalan yang memerlukan penyelidikan dan kajian ini sebaiknya diajukan kepada ahli bahasa yang lebih pakar.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.12.2016
Saudara, 1. Penggunaan kata sendi 'dengan' dan 'terhadap'. Yang manakah yang betul? a. Saya sangat bersimpati terhadap orang-orang yang ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM) b. Saya sangat bersimpati dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga) 2. Kata Bilangan - perlukah diikuti dengan penjodoh bilangan? a. Berbelas-belas buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. (Kamus Pelajar) b. Ketiga-tiga anaknya telah bekerja. (Kamus Pelajar) c. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu) d. Beratus-ratus rakyat mati. (Kamus Dewan) e. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di bawah pohon ketapang. (Kamus Pelajar) f. Beberapa buah buku (Kamus Dewan) Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Oleh yang demikian  berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penggunaan terhadap lebih tepat dalam Kamus Pelajar. Kamus Dewan Edisi Ketiga lebih merupakan kamus umum yang merakamkan contoh-contoh penggunaan berdasarkan korpus.

Penggunaan penjodoh bilangan digalakkan bagi mendapatkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat  dan indah. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Melayu tanpa penjodoh bilangan bukanlah satu kesalahan.  Bagi contoh-contoh ayat di atas penggunaan penjodoh bilangan dapat menjadikan ayat-ayat tersebut lebih tepat,betul dan indah.        

Tatabahasa12.06.2008
saya ingin mengetahui secara terperinci maksud seni mengarangSecara umumnya, seni mengarang mengenai seni karang-mengarang. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 .Lain-lain07.03.2013
123

Kembali ke atas