Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kbsr


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran?

Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian).


Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan  mempraktikkan.


Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran.

Tatabahasa10.04.2013
Salam sejahtera, Saya ingin tahu samada buku teks bahasa Malaysia KBSR akan bertukar baharu pada tahun hadapan?

Pada Tahun 2011 Buku Teks KBSR Tahun 1 sahaja yang ditukar dengan judul baharu di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), termasuk Bahasa Malaysia Tahun 1.

Lain-lain23.06.2010
Adakah RTM dan KBSR termasuk dalam kumpulan akronim? Jika tidak apakah istilah yang sesuai? Terima kasih.Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama dan kedua-dua ccontoh yang diberikan termasuk dalam kumpulan akronim.Tatabahasa11.06.2013
jurnal kajian sukatan pelajaran bahasa melayu kbsrSdr. Husnaryta, Ingin dimaklumkan Pusat Dokumentasi Melayu DBP tidak menyimpan jurnal yang berkenaan. Oleh itu dicadangkan sdr. menghubungi Pusat Sumber , Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya di talian 03 8884 2000Lain-lain31.07.2007
Shaharom Ahmad Salam DBP Mohon kerjasama dan bantuan. Saya mendapati ada beberapa fakta, gambar yang tidak tepat berada dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 KBSR. Mohon kerjasama untuk mendapatkan pegawai yang berkaitan untuk saya hubungi dan kita sama-sama membetulkan fakta-fakta tersebut. Terima kasih Shaharom Ahmad MHG - PenyelidikBerkaitan dengan perkara yang tuan timbulkan, dengan hormatnya tuan boleh menghubungi Ketua Editor Buku Sekolah, iaitu Hajah Zainah binti Mohd Azahari melalui talian 03-21479550, e-mel: zainah@dbp.gov.my atau pegawai projek Puan Siti Masni binti Kospin melalui talian 03-21479551, e-mel: masni@dbp.gov.my.Lain-lain02.05.2014
Apakah perbezaan pelaksanaan dan perlaksanaan ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil drpd melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga;Istilah29.03.2013
Bilakah perkataan "pelaksanaan" dan "perlaksanaan" digunakan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil daripada melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dan sebagainya): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga.Tatabahasa30.04.2013
salam. Saya ingin bertanya tentang kamus BM-BM untuk murid tahap 1 (Tahun 1,2,&3) dan juga kamus BM-Bm untuk tahap 2 (Tahun 4,5,& 6) sekolah rendah.DBP ada menerbitkan Kamus KBSR Dewan Bergambar untuk memenuhi keperluan murid Darjah 4,5 dan 6. Namun demikian, kamus ini juga dapat memberi bantuan kepada pengguna lain yang memerlukan kamus seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.  Lain-lain04.05.2010
Penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan. Apa bezanya?

Perkataan perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga.

Perkataan pelaksanaan bermaksud  proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

Terima kasih.

Makna06.06.2017
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan.. Yang manakah yang paling tepatPelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.
Istilah13.05.2015
12

Kembali ke atas