ADAKAH BETUL PERKATAAN DIEJA SEPERTI BERIKUT:- I) KALI KE 15 II)KE-TIGA | Ejaan yang betul ialah "kali ketiga" dan "kali ke-3". | Tatabahasa | 24.07.2013 |
MOHON NASIHAT PENGGUNAAN PERKATAAN KE DAN KEPADA. | Ke : i. awalan untuk membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan dalam siri atau urutan (kelapan, ketiga); ii. awalan membentuk kata nama (kekasih, kecantikan); iii. kata sendi yang menunjukkan arah (ke utara); iv. Pergi (menuju sesuatu tempat) - ke pasar. Kepada : i. Kata untuk menyatakan arah (mengirim surat kepada adiknya); ii. Terhadap, akan (jangan buat jahat kepada orang); iii. Daripada, pada (Beliau penolong kepada Pegawai Daerah). | Makna | 17.01.2008 |
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul? | Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 10.08.2007 |
I Dia yang menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air. II Dari hari ke sehari dia kelihatan semakin kurus. apakah kesalahan tatabahasa bagi kedua-dua soalan di atas? terima kasih | I. Dalam ayat tersebut, 'yang' tidak perlu dan ayat yang betulnya ialah 'Dia menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air.' II. Dari hari ke hari dia kelihatan semakin kurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih. | i. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara. Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat. ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara. | Tatabahasa | 04.12.2013 |
Yang mana satu betul? i) Keluar negara atau ke luar negara ii) Kali Kedua atau Kali Ke Dua | Frasa yang tepat ialah ke luar negara dan kali kedua. | Tatabahasa | 21.11.2013 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
(i) Bagaimana hendak menterjemahkan "Programmable Logic Controller" ke Bahasa Melayu? (ii) Daripada bahasa apakah perkataan "kereta" berasal? | Pengawal Logik Boleh Atur Cara. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk terjemahan yang lebih tepat. Etimologi kata "kereta" tiada dalam maklumat kami. | Lain-lain | 21.12.2008 |
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV | Hanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. | Tatabahasa | 06.12.2009 |