| Yang manakah betul? 1. Menuju ke 2. Menuju ke arah 3. Menuju arah ke 4. Ke arah 5. Arah ke | Frasa yang betul ialah menuju ke, menuju ke arah dan ke arah. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
| "TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | Lain-lain | 22.12.2010 |
| Yang manakah tepat? 1. Menuju ke arah. 2. Menuju arah ke. Jawapan yang diberikan oleh pihak khidmat nasihat dbp berpendapat bahawa frasa menuju ke arah adalah tepat, tetapi frasa menuju arah ke dijumpai dalam kamus dewan edisi keempat dalam laman web PRPM. Minta penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua frasa menuju ke arah dan menuju arah ke boleh digunakan mengikut konteks ayat. Contoh ayat; 1. Peluru berpandu ialah peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya. 2. Para pelajar berjalan menuju arah ke dewan makan. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
| Yang mana betul bagi tajuk: Kemajuan Ke Arah Pembangunan Mampan atau Kemajuan ke arah Pembangunan Mampan | Tajuk yang betul ialah "Kemajuan ke Arah Pembangunan Mampan". | Tatabahasa | 10.02.2014 |
| Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan. ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti iii. Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu.
| Tatabahasa | 19.02.2020 |
| Penggunaan frasa Ke arah memperkasakan dan mencemerlangkan pendidikan Tepat atau tidak? | Cadangan frasa Ke arah memperkasakan dan mencemerlangkan pendidikan adalah betul penggunaan tatabahasanya. | Tatabahasa | 28.05.2019 |
| Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti. Soalan sebelum ni saya tulis berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti | Tatabahasa | 19.02.2020 |
| Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin. | Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
| Salam dan terima kasih atas bantuan pihak Tuan/Puan. Dalam konteks perniagaan/perdagangan, istilah "whipsaw" merujuk kepada pergerakan harga yang pantas diikuti oleh perubahan harga yang mendadak ke arah yang bertentangan. Seorang pelabur yang menjangka penerusan ke arah pergerakan harga saham yang selamat mungkin mengalami "whipsaw" dalam pasaran saham yang turun naik. Apakah terjemahan "whipsaw" yang sesuai (jika ada)? | Belum ada terjemahan whipsaw dalam Bahasa Melayu. Terjemahan yang paling hampir untuk menerangkan situasi yang tersebut secara umum ialah ialah pergerakan - pergerakan harga saham. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2019 |
| Adakah ejaan kearah (dirapatkan) atau ejaan ke arah (dijarakan)? Terima kasih. | Perkataan “ke arah” perlu dieja jarak kerana kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama “ke” juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 266. | Tatabahasa | 21.09.2024 |