1. ke atas 2. Penambaikan | 1. ke atas 2. penambahbaikan | Ejaan | 12.06.2013 |
Tuan, kata sendi nama "terhadap", "di atas" atau "ke atas" patut digunakan dalam ayat di bawah? 1. (a) Saya menyembur baja terhadap tanah. (b) Saya menyembur baja di atas tanah. (c) Saya menyembur baja ke atas tanah. Tuan, jangan terus salahkan penggunaan kata sendi nama "terhadap", kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan, "terhadap" boleh digunakan untuk benda konkrit. "Tanah" ialah sejenis benda konkrit, tetapi "tanah" ialah sejenis tempat", jadi "di atas" dan "ke atas" lebih sesuai pada pandangan saya. Apakah pandangan tuan? Minta sertakan penerangan tuan juga. Terima kasih. | Kami berpandangan frasa yang betul ialah "ke atas" dan "di atas". Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata arah yang didahului kata sendi nama digunakan apabila menunjukkan hala atau jurusan. | Tatabahasa | 04.12.2014 |
"terjatuh ke atas lantai" atau "terjatuh di atas lantai"? Ada yang mengatakan bahawa dua frasa itu berbeza muksud:1.Pensel saya terjatuh ke atas lantai. 2 Saya memugut pensel yang terjatuh di atas lantai itu. Adakah pendapat ini betul? sekian terima kasih. | Berdasarkan dua ayat contoh tersebut, penggunaan kata sendi nama ke digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai. Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai. Sebagai kesimpulannya, penggunaan kata sendi nama ke dalam ayat (1) dan (2) tepat. | Tatabahasa | 05.05.2014 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan akan penggunaan perkataan "atas". "Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan, kerugian, denda dll. berkaitan transaksi yang tidak berjaya." "Hanya pindaan berikut terpakai atas akaun ini." Bolehkah saya mendapatkan pencerahan bila perkataan "atas" dan "ke atas" patut digunakan? Terima kasih. | Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan yang betul ialah atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian. Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '... di atas meja' dan '... di kampung'. Penggunaan kata sendi nama "ke" digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai. Kata sendi nama "di"pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 08.05.2018 |
Antara dua ayat di bawah, yang manakah betul susunan tatabahasanya? Situasinya adalah, satu produk yang baru ingin dipasarkan. 1) Kini, untuk 6 tahun ke atas. 2) Kini, dalam 6 tahun ke atas. | Frasa yang lebih tepat ialah "Kini, untuk 6 tahun dan ke atas". | Tatabahasa | 19.09.2012 |
1.Saya pernah memohon khidmat nasihat tentang penulisan singkatan Yang Berbahagia yang betul. Jawapan yang diberikan ialah YBhg sedangkan dalam kamus dewan dinyatakan sebagai YBhg., begitu juga dengan khidmat nasihat yang pernah diberikan dalam PRPM iaitu YBhg. (ada nokhtah). Oleh itu, saya memohon sekali lagi kepastian cara penulisan ringkas Yang Berbahagia. 2. Penggunaan atas dan ke atas. Bukankah ke atas itu menunjukkan arah ke atas, misalnya 18 tahun ke atas. Frasa mana yang betul: memberi kesan ke atas masyarakat atau memberi kesan atas masyarakat atau memberi kesan kepada masyarakat Sekian, terima ksih | 1. Merujuk satu sumber sahaja, iaitu Kamus Dewan, ejaan yang digunakan ialah YBhg.. Walau bagaimanapun Kedua-dua bentuk ejaan YBhg dan YBhg. terakam dalam pelbagai karya penulisan. Hal ini mungkin dikaitkan dengan tujuan dan jenis penulisan/penerbitan tersebut. 2. Ungkapan yang betul ialah 'memberi kesan kepada/terhadap masyarakat'. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih. | 1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau. 2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang. 4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi". 6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 04.01.2013 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CK | Ayat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk. | Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu: 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang) 1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang) | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Selamat sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan kata sendi "ke". 1. Ayah pergi ke klinik. Adakah ayat di atas betul? Bolehkah perkataan "pergi" digugurkan menjadi "Ayah ke klink." | Selamat sejahtera 1. Ayah pergi ke klinik. 2. Ayah ke klinik. Kedua-dua ayat di atas adalah betul kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 07.08.2014 |