Salam sejahtera. Boleh atau tidak perkataan tuanku digunakan untuk merujuk kepada tuan empunya kerana akan sama dengan kata ganti nama diri ke ke dua bagi sultan. | Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya. | Istilah | 14.02.2012 |
Penggunaan perkataan yang manakah adalah betul?"BAHASA MELAYU"@"BAHASA MALAYSIA"?Adakah kita boleh menggunakan ke dua-dua perkataan tersebut? | Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman saudara, Bahasa Malaysia digunakan untuk mata pelajaran di sekolah manakala dalam Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 14.08.2010 |
Salam, manakah yang tepat: [a] pada malam kedua puluh satu [b] pada malam dua puluh satu [c] pada malam ke-dua puluh satu [c] pada malam ke dua puluh satu? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah “pada malam kedua puluh satu.” | Tatabahasa | 25.06.2024 |
no file 5251/2012 no 5249/2012, boleh jelaskan kenapa tiada kelulusan sedangkan saya sudah membuat pembetulan kali ke dua. | Sila buat pembetulan seperti yang berikut: 1. Simbol & hendaklah ditulis dan 2. Perkataan yang, y ditulis dengan huruf kecil | Lain-lain | 18.04.2012 |
Yang mana satu betul? i) Keluar negara atau ke luar negara ii) Kali Kedua atau Kali Ke Dua | Frasa yang tepat ialah ke luar negara dan kali kedua. | Tatabahasa | 21.11.2013 |
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima Kasih | Ketiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan yang berlainan. Ayat kedua yang betul ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke? | Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama. | Makna | 20.05.2023 |
[Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang. Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
... tidak sampai di destinasinya. atau ... tidak sampai ke destinasinya.? ... tidak sampai ke peti masuk (inbox). ... atau ... tidak sampai di peti masuk (inbox).? Terima kasih. | dua-dua boleh digunakan kerana di dan ke digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
1. Dia tangkap saya ke sini. 2. Saya ditangkap ke sini. Adakah penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat ini betul? | Penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 05.11.2017 |