| Selamat sejahtera. 1Salina melepaskan beberapa ekor ikan ke /di kolam ikan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Salina melepaskan beberapa ekor ikan ke dalam kolam ikan. | Tatabahasa | 02.01.2024 |
| Salam sejahtera. Semasa di sekolah rendah, guru mengajar bahawa Kata Ganti Nama ke-3 "ia" khas untuk binatang dan benda bukan untuk manusia. Kemudian saya mendapati bahawa "ia" juga dipakai untuk manusia. Sebuah buku tatabahasa menunjukkan kesalahan umum seperti berikut; "Makanlah ikan kerana IA mengandungi protein", sepatutnya "Makanlah ikan kerana IKAN mengandungi proten", dan "Ikan-ikan itu mati kerana MEREKA terkena racun", sepatutnya "Ikan-ikan itu mati kerana IKAN-IKAN terkena racun." Bagi pendapat saya, saya lebih selesa dengan ayat yang dinyatakan sebagai kesalahan umum di atas kerana ikan dan ikan-ikan tidak perlu disebut 2 kali dalam setiap frasa ayat, memadai menggunakan KGN ke-3, "ia". Sila betulkan saya. Terima kasih. | Pendapatan saudara/i tentang penggunaan "ia" tidak tepat. Perkataan ia sememangnya digunakan untuk merujuk manusia. Perkataan ia merupakan kependekan daripada perkataan dia yang digolongkan sebagai kata ganti nama diri ketiga. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat "Makanlah ikan kerana iakan mengandungi protein" betul, untuk ayat kedua cukup sekadar menulis "Ikan-ikan itu mati kerana terkena racun". | Tatabahasa | 06.04.2013 |
| 1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
| Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih. | 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
| selamat sejahtera, Tolong perbetulkan ayat-ayat berikut: 1. Saya suka beri makan ikan./Saya suka beri ikan makan. 2. Saya memancing di dalam kolam./Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu belikan ikan emas kepada saya. Saya bagi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz besar. Adakah ayat majmuk berikut betul? Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bendera bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Adakah perkataan dalam kurungan dalam ayat berikut boleh digunakan?(Dua/Kedua-dua) orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. (Sila, Jemput, Mari) masuk ke dalam rumah. Jika terdapat perkataan dalam kurungan dalam ayat di atas tidak dapat digunakan dalam ayat tersebut,tolong jelaskan mengapa. Bantuan tuan sangat dihargai, terima kasih. | 1. Saya suka memberi ikan makan. 2. Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu membelikan ikan emas kepada saya. Saya memberi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Dua/Kedua-dua orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. 6. Sila/Jemput/Mari masuk ke dalam rumah. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
| Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. - ayat aktif Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak. - ayat pasif betul ke ayat pasif di atas? | Penggunaan ayat pasif yang betul ialah Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh ibu. | Tatabahasa | 08.05.2020 |
| Satu lagi soalan saya. "Ayah pergi ke pasar membeli ikan." ayat diatas boleh diterima atau tidak jika tiada kata sendi nama untuk?...harap tuan dapat membantu | Ayat "Ayah pergi ke pasar membeli ikan." ialah betul. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
| maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |
| 1.Penukaran ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud ini betul? Contohnya, Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif:Ikan dimasak oleh ibu di dapur ATAU Ikan di dapur dimasak oleh ibu.(Yang manakah betul dan sesuai). 2. Adakah 'pada' diperlukan untuk menyatakan hari atau masa? Contohnya, Hari Isnin, saya pergi ke sekolah. ATAU Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah. Terdapat sesetengah buku rujukan yang memaklumkan kata 'pada' diperlukan dalam ayat yang menyatakan hari atau masa. Jika tidak, ayat ini dikatakan salah dari segi penggunaan tatabahasa, adakah benar? | 1. Ayat Aktif - Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif - Ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Pada ialah kata sendi nama yang menunjukkan keterangan tempat atau masa, seperti Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah atau Saya bermain bola pada waktu petang.
| Tatabahasa | 07.03.2016 |
| Adakah perlu untuk saya meletakkan (,) sebelum perkataan dan? Contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, ayam, dan sotong | Ayat yang betul ialah Emak pergi ke kedai untuk membeli ikan, ayam dan sotong. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum perkataan “dan” kerana “dan” merupakan kata hubung gabungan yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 251 – 252. | Tatabahasa | 24.02.2026 |