Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke situ

Puisi
 

Dari Tanjung ke Pulau Manis,
     Dua tiga ke Pulau Payang;
Hidung mancung mulutnya manis,
     Di situ tempat hatiku sayang.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat mana satukah yang beetul? 1) Ke situ kamu harus pergi. 2) Ke situ harus kamu pergi. Setahu saya, ayat 2 yang betul sebab itu ayat songsang. Ayat 1 salah sebab ke situ (preposisi) tidak boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Betul tak hujah saya? Sila jelaskan kepada saya. terima kasih.Ayat songsang memindahkan konstituen predikat ke hadapan subjek. Perlu diingat walaupun pemindahan tersebut berlaku setiap unsur dalam subjek dan predikat kekal fungsinya sebagai subjek dan predikat juga. Dalam contoh ayat yang diberi ayat asal ialah - Kamu harus pergi (subjek - Frasa Nama) + ke situ (predikat - Frasa Sendi Nama) dan apabila disongsangkan menjadi "Ke situ kamu harus pergi" (ayat 1).Tatabahasa22.06.2011
Salam sejahtera, saya ingin tanya: 1. Kamu harus pergi ke situ. "Kamu harus pergi" merupakan frasa nama atau frasa kerja? 2. "Kita diberi penerangan tentang masakan barat dalam buku ini." Jika ayat ini disongsangkan menjadi "Dalam buku ini kita diberi penerangan tentang masakan barat.", perlukah tanda koma diletakkan di belakang frasa "Dalam buku ini"? (Sila tunjukkan sekiranya ayat-ayat contoh di atas didapati kesalahan tatabahasa, terima kasih.)1. Kamu harus pergi ke situ. Dalam ayat tersebut, kamu merupakan frasa nama manakala harus pergi merupakan frasa kerja dengan keterangan arah ke situ.

2. Dalam buku ini, kita diberi penerangan tentang masakan barat.
Tatabahasa18.02.2014
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 12:23pm Mohon prncerahan pihak tuan dengan segera.. Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegasSuasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa08.07.2015
maksud dari mana kita datang,ke situ juga kita akan kembaliBerdasarkan pemahaman kami, makna ayat tersebut ialah mengenai kehidupan manusia yang datang daripada tanah dan kembali ke tanah. Namun, ayat ini boleh membawa maksud mengikut makna tersirat yang ingin diterangkan.Makna25.08.2009
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar?

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur
.

Contoh lain:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh lain:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.
Tatabahasa11.10.2015
Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara).  Di situ bermaksud di tempat itu.  Makna13.08.2011
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy

1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 

2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian

3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas.

4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul.

Tatabahasa19.10.2010
Salam sejahtera. Saya ingin ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih I) Siti pernah belajar di situ pada beberapa tahun yang lalu. 2) Pak Cik Dollah akan pergi ke sana dengan menaiki bas. 3) Tanah di sini memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. 4) Mak Tam dan suaminya tinggal di rumah yang usang itu. 5) Kek coklat yang enak itu dibuat oleh emak saya pada malam tadi.

Sebahagian yat yang berikut telah dibuat pembetulan:

I) Siti pernah belajar di situ beberapa tahun yang lalu.

2) Pak Cik Dollah akan pergi ke sana dengan menaiki bas.

3) Tanah di sini memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit.

4) Mak Tam dan suaminya tinggal di rumah yang usang itu.

5) Kek coklat yang enak itu dibuat oleh emak saya pada malam tadi.

Tatabahasa21.07.2008
Selamat sejahtera tuan / puan. Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah: 1. Ramli memulangkan buku itu kepada kawannya. atau 1. Ramli memulangkan buku itu kepada kawan dia. 2. Guru-guru dan murid makan di situ. atau 2. Guru-guru dan murid-murid makan di situ. 3. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. atau 3. Kucing itu sakit. Kucing itu dibawa ke klinik haiwan. Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Ramli memulangkan buku itu kepada kawannya.
2. Guru-guru dan murid-murid makan di situ.
3. Kucing itu sakit. Kucing itu dibawa ke klinik haiwan.
Tatabahasa29.09.2015
123

Kembali ke atas