Adakah ayat di bawah ini betul? Kerosakan pendingin hawa menyebabkan keadaan di dalam makmal komputer itu panas. | Kerosakan penyaman udara menyebabkan keadaan di dalam makmal komputer itu panas. | Tatabahasa | 24.06.2015 |
Apakah perbezaan suasana dan keadaan? Terima Kasih. | Suasana ialah hawa, udara atau keadaan yg melingkungi atau meliputi sesuatu. Manakala keadaan pula ialah hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu atau rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat. T.kasih. | Makna | 14.08.2008 |
Slm dan slmt sejahtera kpd petugas DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya terjemahan yg tepat bg aircond adalah pendingin hawa, kenapakah "Bilik yg berhawa dingin" dan bukannya "Bilik yg berdingin hawa" utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Sekiranya menggunakan istilah penyaman udara pula, apakah istilah yg sesuai utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Adakah bilik yg nyaman, bilik yang sejuk atau adakah istilah yg lebih tepat?? TK atas kerjasama tuan. | Saudara Hatifi, Padanan bahasa Melayu bagi air conditioner ialah penyaman udara atau alat hawa dingin. Dalam hal ini bilik yang menggunakan penyaman udara akan menjadi sejuk dan nyaman. | Istilah | 16.05.2010 |
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian? | i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian. | Tatabahasa | 26.03.2008 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "kelembapan" dan "lembapan"? Mohon maklumat penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih pihak DBP. | Kelembapan bermaksud keadaan yang lembap, perihal lembap (tidak kering). Contoh penggunaan ialah kabus di hutan itu tebal kerana kelembapannya tinggi. Lembapan pula bermaksud (banyak sedikitnya) wap air yang terkandung dalam udara. Contoh penggunaan perkataan lembapan ialah hujan asid berpunca daripada percampuran asap yang dibebaskan dari kilang, asap kereta dan sebagainya dengan lembapan udara. | Makna | 04.03.2019 |
Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas? | Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. | Lain-lain | 05.09.2022 |
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir??? | Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM. Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk: 1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi, 2) Mengadakan peredaran udara semula jadi, 3) Menebat haba dan bunyi, dan 4) Menghalang angin dan hujan. Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap". Harap dapat membantu. | Lain-lain | 14.10.2022 |
Salam, Apakah kata sendi nama yang paling tepat bagi ayat berikut: 1. Kedua-duanya ialah air yang turun dari langit tetapi menjadi beku di udara kerana terlalu sejuk, lalu jatuh ke bumi dalam keadaan beku. 2. Air mineral, iaitu air yang terbit daripada tanah yang suci, walaupun bercampur dengan tanah atau galian lain. Apakah kata sendi nama yg tepat bagi kedua-dua ayat di atas? Sekian, terima kasih. | Penggunaan Kata Sendi Nama pada ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 30.11.2021 |
Kementerian Pertahanan akan membeli beberapa buah pesawat tempur untuk memperkukuh sistem (ketahanan,pertahanan) udara. munsyi, saya kekeliruan mengapa jawaban yang diberikan ialah pertahanan? apakah jawaban yang sebanarnya, TQ | Sistem pertahanan negara betul kerana pertahanan bermaksud hal mempertahankan atau menjaga keselamatan, sedangkan ketahanan bermaksud keadaan tahan atau kuat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan bezakan maksud kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
betul atau salah ayat di bawah untuk perkataan memburuk keaadaan banjir semakin memburuk di Terengganu kalau betul apa alasannya | Ayat keadaan banjir semakin memburuk di Terengganu betul. Mengikut data DBP, penggunaan memburuk bermaksud bertambah buruk, menjadi semakin merosot. Contoh lain daripada data kami adalah seperti yang berikut: 1. …keadaan ekonomi yang semakin memburuk di beberapa negara Asia… 2. …kualiti udara yang semakin memburuk. | Makna | 26.11.2014 |